Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Lawatan kerja Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar, Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam
Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Lawatan kerja Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar, Republik Singapura ke Brunei Darussalam.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan menghoskan Majlis Makan Malam bagi meraikan Menteri Kelestrian dan Alam Sekitar, Republik Singapura serta rombongan yang berada di negara ini bagi lawatan kerja.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 14 Disember. – Bagi meraikan Menteri Kelestrian dan Alam Sekitar, Republik Singapura, Puan Yang Terutama Grace Fu serta rombongan yang berada di negara ini bagi lawatan kerja, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid menghoskan Majlis Makan Malam untuk rombongan Puan Yang Terutama.

Majlis Makan Malam tersebut diadakan di Tarindak D'Seni, Bandar Seri Begawan.

Juga hadir semasa Majlis Makan Malam tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Kedutaan Besar Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Heng Aik Yeow; Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, serta para Pegawai Kanan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Kementerian Pembangunan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

2_Lawatan kerja Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar, Republik Singapura ke Brunei Darussalam.JPG 3_Lawatan kerja Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar, Republik Singapura ke Brunei Darussalam.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid (kiri) dan Menteri Kelestrian dan Alam Sekitar, Republik Singapura, Puan Yang Terutama Grace Fu (kanan) semasa memberikan ucapan.

Puan Yang Terutama Grace Fu berada di Negara Brunei Darussalam dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari, bermula dari 13 hingga 15 Disember 2022, bagi mengetuai delegasi, terdiri dari Pegawai-pegawai Kanan dari Kementerian Kelestrian dan Alam Sekitar (MSE) dan juga Agensi Makanan Singapura (SFA).

Terdahulu pagi tadi, Yang Berhormat Menteri Pembangunan telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Puan Yang Terutama bagi membincangkan cara mengukuhkan kerjasama dua hala dari segi perlindungan alam sekitar, pengurusan sumber air dan perubahan iklim.

4_Lawatan kerja Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar, Republik Singapura ke Brunei Darussalam.jpg

PERTEMUAN dua hala yang diadakan sebelah pagi.

Attachments