Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Mangsa kebakaran terima sumbangan

Oleh: Sim Y. H. | Foto: Jabatan Pembangunan Masyarakat

P2-A_102171_XL.jpg

Pengiran Kamis (kiri) menyerahkan sumbangan berjumlah $5,649 kepada Dayang Rostinah (tengah).

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Februari. - Nasib mangsa-mangsa kebakaran Kampung Pandai Besi 'A' dan Kampung Lurong Dalam terus mendapat perhatian dan pemedulian daripada orang ramai yang prihatin dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa berkenaan. Hari ini, satu lagi majlis penyampaian sumbangan kepada Tabung Amal Bangsa Kebakaran Kampung Pandai Besi 'A' dan Kampung Lurong Dalam telah diadakan di Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JAPEM, tabung berkenaan menerima sumbangan berjumlah $5,649 yang diterima daripada warga Kementerian Pembangunan.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Pembangunan, Pengiran Kamis bin Pengiran Metamin kepada Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd Tahir.

Majlis itu turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari JAPEM dan Kementerian Pembangunan.

Sumber: Media Permata.

Attachments