Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksDivisyen Guna Tanah dan Perumahan

Divisyen Guna Tanah dan Perumahan adalah merupakan satu Divisyen yang diberi nama baru hasil dari penstrukturan semula Divisyen dan Unit-Unit di Kementerian Pembangunan yang mana sebelum ini dikenali sebagai Unit Perancangan Dasar bagi memantapkan lagi pelaksanaan peranan dan fungsi yang ditetapkan ke arah mencapai Wawasan Kementerian Pembangunan.

Divisyen ini berperanan dalam membantu Kementerian Pembangunan meningkatkan imejnya sebagai sebuah agensi yang berperanan dalam merangka halatuju, menjana, dan melaksana agenda pembangunan fizikal Negara untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat/penduduk dengan memastikan penggunaan-penggunaan tanah adalah secara optima di Negara Brunei Darussalam.

Fungsi utama Divisyen ini adalah merangka, melaksana dan memantau keberkesanan dasar-dasar berkaitan penggunaan tanah dan perumahan. Selain itu, Divisyen ini juga bertanggungjawab memproses permohonan-permohonan tanah yang dihadapkan oleh Jabatan Tanah untuk dihadapkan kepada pihak yang berkenaan untuk ketetapan.

Peranan:

  • Memproses permohonan-permohonan tanah yang dihadapkan oleh Jabatan Tanah untuk dihadapkan kepada pihak yang berkenaan untuk ketetapan.
  • Menangani dan menyelaras dengan pihak-pihak yang berkenaan mengenai pertanyaan, isu, masalah dan aduan yang diterima dari orang ramai berkenaan guna tanah dan perumahan.

Proses bagi permohonan-permohonan tanah:

PINDAH MILIK TANAH, GADAIAN TANAH, TUKAR SYARAT KHAS TANAH, MEMAJAK TANAH PERSENDIRIAN, MEMAJAK TANAH KERAJAAN, UBAH SUAI TANAH, MENYAMBUNG TEMPOH KELAMAAN GERAN, GANTIAN TANAH, PENYIMPANAN TANAH KERAJAAN, TUKAR GANTI TANAH, PERMOHONAN TANAH SEBELUM 1955, DAN PENGAMBILAN BALIK TANAH

Proses Permohonan Tanah.jpg