Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksDivisyen Pengurusan Korporat

  1. PENTADBIRAN
  2. KEWANGAN
  3. TEKNOLOGI MAKLUMAT
  4. PERHUBUNGAN AWAM
  5. PENGURUSAN ASET
  6. URUSETIA JAWATANKUASA PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA

 

1.       PENTADBIRAN

  • Memproses pengambilan pegawai dan kakitangan yang baru (gaji bulan dan gaji hari).
  • Memproses permohonan-permohonan seperti cuti, memangku, elaun-elaun pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan.
  • Memproses sokongan-sokongan pingat dan Bintang Kebesaran Negara.
  • Memproses dan mempertimbangkan sokongan-sokongan kenaikan pangkat dan penetapan jawatan.
  • Pengendalian Sistem Maklumat Kakitangan (GEMS).
  • Penyelaras aktiviti-aktiviti Kementerian Pembangunan.
  • Memproses persuratan-persuratan dengan lain-lain agensi Kerajaan, swasta, persendirian dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

2.       KEWANGAN

  • Peruntukan Tahunan
    • Urusetia permohonan Anggaran Peruntukan Tahunan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
    • Proses Waran Pindah yang dibenarkan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
    • Laporan Bulanan Peruntukan dan Perbelanjaan.
  • Pembayaran
    • Pembayaran gaji dan elaun-elaun kakitangan bergaji bulan dan bergaji hari.
    • Pembayaran 'petty cash', pembelian barang, perkhidmatan dan kontrak serta lain-lain.
    • Pemantauan tunggakan bayaran.
  • Kutipan Hasil
    • Menyediakan Anggaran Tahunan Kutipan Hasil.
    • Menerima dan menyimpan kutipan hasil setiap hari bekerja (kecuali Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan).
    • Laporan hasil setiap suku tahun.
  • Waran Udara
    • Memproses permohonan tiket penerbangan pegawi yang menghadiri kursus.
  • Lembaga Tawaran Kecil
    • Mengiklankan setiap tawaran dalam laman sesawang Kerajaan.
    • Membuka dan membatalkan tawaran.
    • Sokongan dan kebenaran tawaran / pesanan perubahan (VO).
    • Menyediakan senarai syarikat-syarikat yang ditegah untuk menyertai tawaran.
    • Laporan tawaran setiap suku tahun.

 

3.       TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Membuat perancangan yang inovatif menjurus kearah mencapai misi Kementerian Pembangunan sejajar dengan matlamat e-Kerajaan.
  • Memastikan aplikasi, perisian sistem dan peralatan komputer di Kementerian Pembangunan terpelihara dan berfungsi dengan baik.
  • Memastikan infrastruktur rangkaian di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya berfungsi dengan teratur, terkawal dan dijamin keselamatannya selaras dengan dasar e-Kerajaan.
  • Menyelaras projek-projek e-Kerajaan di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

4.       PERHUBUNGAN AWAM

  • Membantu mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran orang ramai terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya melalui kaedah pemberigaan yang berkesan.
  • Membantu menigkatkan kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan yang diberikan melalui penyaluran maklumat yang cepat, tepat dan mudah diperolehi.
  • Membantu mempertingkatkan perhubungan yang baik dan berkesan di antara Kementerian ini dengan pengguna serta orang ramai melalui program dan aktiviti mendekati masyarakat (outreach), jerayawara dan taklimat.
  • Penyaluran maklumat mengenai aktiviti-aktiviti Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya khususnya yang berkaitan dengan kepentingan orang ramai media cetak dan elektronik.
  • Menyelaras aduan-aduan dan pertanyaan mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
  • Menyelaras penyediaan dan pengemaskinian laman sesawang Kementerian Pembangunan.
  • Menyelaras lawatan dari dalam dan luar negara ke Kementerian Pembangunan.

 

5.       PENGURUSAN ASET

  • Memastikan semua premis bangunan luar dan dalam adalah sentiasa bersih.
  • Memastikan keselamatan luar dan dalam bangunan sentiasa terjamin.
  • Melaksanakan kerja-kerja pemantauan sepanjang masa ke atas semua kepentingan atau aset-aset milik organisasi.

 

6.       URUSETIA JAWATANKUASA PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA

  • Memastikan harta benda yang dipohonkan adalah dibawah bidangkuasa Jawatankuasa.
  • Proses permohonan yang lancar.
  • Penelitian Laporan Pemeriksaan daripada agensi-agensi yang berkenaan.
  • Penelitian dan penyediaan dokumen yang disokong untuk dihadapkan kepada Lembaga Pemeriksa Tetap, Kementerian Kewangan.
  • Mendapatkan persetujuan Jawatankuasa Penasihat Penghapusan Harta Benda Kerajaan, Kementerian Kewangan.
  • Tatacara permohonan penghapusan adalah berpandukan daripada Lembaga Pemeriksa Tetap, Kementerian Kewangan.