Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFAQs

1.     Dimanakah tempat untuk mendapatkan borang-borang pendaftaran?

Borang-borang pendaftaran seperti borang pendaftaran Bahan Binaan, borang pendaftaran persijilan Produk dan borang pendaftaran Kontraktor dan Pembekal boleh didapati di Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Tingkat 3, Bangunan Kementerian Pembangunan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Brunei Darussalam.

Kecuali, borang-borang permohonan di bawah Bahagian Kawalan Kemajuan bolehlah didapati di Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan (MODTC), Kementerian Pembangunan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Brunei Darussalam.

Bagi permohonan yang didaftarkan di Bahagian Kawalan Kemajuan, permohonan hendaklah dihadapkan oleh Arkitek, Jurutera Profesional dan Pelukis Pelan yang telah dilantik oleh pemohon.

 

2.     Apakah dokumen-dokumen yang perlu disediakan bersama-sama borang pendaftaran berkenaan?
 
Bagi pendaftaran Bahan Binaan adalah seperti berikut:

  1. Borang Pendaftaran R 02 (2014).
  2. Kebenaran Tapak Perusahaan/Penyimpanan (Geran Tanah, Surat Kebenaran/sokongan menduduki tanah).
  3. Sijil pendaftaran syarikat-syarikat (ROC).

Bagi pendaftaran Kontraktor dan Pembekal adalah seperti berikut:

  1. Sijil pembekal (dari Unit Kontraktor dan Pembekal ABCi, Kementerian Pembangunan).
  2. Laporan Ujian Teknikal (2 set).
  3. Laporan statistik pengeluaran/pengimportan.
  4. Sijil ISO 9000 (jika berkenaan).
  5. Surat pengesahan dari pembekal luar negara (jika berkenaan).
  6. Kebenaran tapak pendaratan (jika berkenaan).

Bagi pendaftaran Produk adalah seperti berikut:

  1. Borang permohonan yang diisi dengan lengkap berserta tiga (3) set dokumen permohonan.
  2. Salinan Persijilan ISO 9001/ISO 14001/Certification Mark hendaklah disahkan Certified True Copy oleh Product Manufacturer atau Certified Body atau Public Notary.
    • ISO 9001 (Certified True Copy)
    • ISO 14001 (Certified True Copy)
    • Certification Mark (Certified True Copy)
  3. Salinan Laporan Ujian yang lengkap daripada Pihak Makmal Ketiga dan/atau "Mild Certificate" dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan Persijilan Produk dan hendaklah disahkan Certified True Copy oleh Product Manufacturer atau Certified Body atau Public Notary.
    • Test Report with validity of not more than 3 years (Certified True Copy)
    • Test Certificate with validity of not more than 3 years (Certified True Copy)
  4. Salinan surat pengesahan daripada "Manufacturer/Supplier" sebagai "Agent/Distributor" kepada pemohon/syarikat di Brunei Darussalam.
    • Letter of Appointment as Agent or Distributor
  5. Salinan Sijil Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan.
  6. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat Negara Brunei Darussalam.
  7. Salinan asal brochure/catalogue/specification produk yang dipohonkan.
  8. Salinan senarai Project Reference/Track Records bagi projek-projek national/regional/international.
  9. Salinan Sijil Persijilan Produk yang telah diluluskan oleh Kementerian Pembangunan (untuk permohonan membaharui sahaja).

BUILDING CONTROL ORDER 2014, BUILDING CONTROL REGULATIONS 2014 & BUILDING CONTROL (TEMPORARY BUILDINGS) REGULATIONS 2014 pdfIcon.png​​

 

3.     Apakah syarat-syarat bagi memohon penyenaraian firma konsultan di Kementerian Pembangunan?

Syarat-syarat penyenaraian:

  • Pemilik firma mestilah pemegang kad pengenalan berwarna kuning atau merah.
  • Pemilik firma mestilah berdaftar sama ada Arkitek/Jurutera Sivil & Struktural/Jurutera Mekanikal & Elektrikal dari Brunei Darussalam Board of Architects, Professional Engineers and Quantity Surveyors (APEQS).
  • Pemilik firma mempunyai kelulusan profesional RIBA/RAIA/PAM atau MICE atau MIEE/MIME atau MRICS atau Charteredship yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Firma hendaklah berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Syarikat-Syarikat dan Nama-Nama Perniagaan, Kementerian Kewangan.
  • Firma hendaklah mempunyai pejabat tetap di Negara Brunei Darussalam dan berkeupayaan dalam memberikan perkhidmatan profesional yang berterusan.

 

4.     Bagaimanakah sesuatu pertanyaan atau cadangan yang berkaitan dengan guna tanah, perumahan dan alam sekitar dapat disalurkan?

Sebarang pertanyaan atau cadangan bolehlah dirujuk dengan menghubungi Divisyen Guna Tanah, Perumahan dan Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Bandar Seri Begawan BB3510, Brunei Darussalam atau melalui talian 2383222 sambungan 704, 728 atau 788.

Sebarang aduan juga bolehlah dibuat menerusi Talian Darussalam iaitu 123.