Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksLesen Pembina, Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal

Syarikat yang berhasrat menjadi Pembina / Kontraktor / Pembekal dalam industri pembinaan hendaklah memperolehi sijil pendaftaran di Kementerian Pembangunan.

 

A. TUJUAN PENDAFTARAN

1. Selaras dengan keperluan Perintah Kawalan Bangunan, 2014 (Building Control Order, 2014) Bahagian VII - Licensing of Builders, Kementerian Pembangunan telah mula mandaftarkan dan mengeluarkan Lesen Pembina pada bulan Jun 2017.

2. Memastikan syarikat-syarikat yang berdaftar mempunyai kemahiran, kelayakan dan kompetensi teknikal di samping pengurusan keusahawanan yang bersesuaian dalam industri pembinaan.

3. Memastikan hanya syarikat-syarikat yang benar-benar berkelayakan dan berdaftar di Kementerian Pembangunan sahaja yang dibenarkan untuk menjalankan perniagaan / kerja-kerja dalam industri pembinaan.

4. Mewujudkan suasana industri pembinaan yang sihat.

5. Menggalakkan dan memajukan syarikat-syarikat di dalam industri pembinaan untuk berdaya saing, berdaya maju, berdaya tahan dan sentiasa meningkatkan kualiti kerja yang tinggi.

 

B. TERDAPAT TIGA JENIS PENDAFTARAN

1. LESEN PEMBINA

  • Syarikat yang berhasrat untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan hendaklah mendapatkan Lesen Pembina terlebih dahulu.

2. SIJIL PENDAFTARAN KONTRAKTOR

  • Membolehkan syarikat-syarikat yang berdaftar di Kementerian Pembangunan untuk mengikuti tawaran-tawaran atau sebutharga-sebutharga bagi projek-projek Kerajaan.
  • Untuk berdaftar sebagai Kontraktor, syarikat dimestikan untuk mempunyai Lesen Pembina terlebih dahulu mengikut kategori kerja yang hendak didaftarkan.

3. SIJIL PENDAFTARAN PEMBEKAL

  • Membolehkan syarikat-syarikat yang berdaftar di Kementerian Pembangunan mengikuti tawaran-tawaran atau sebutharga-sebutharga pembekalan.

 

C. SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN SEBAGAI PEMBINA / KONTRAKTOR / PEMBEKAL

1. PENDAFTARAN LESEN PEMBINA

  • Syarat-syarat pendaftaran Lesen Pembina adalah mengikut Prosedur Pendaftaran Kontraktor yang berjalan pada masa ini.

Nota: Jika ada sebarang perubahan mengenai syarat-syarat pendaftaran Lesen Pembina akan dimaklumkan kemudian.

2. PENDAFTARAN SIJIL KONTRAKTOR

  • Panduan lengkap mengenai dengan syarat-syarat Pendaftaran Sijil Kontraktor bolehlah dirujuk dalam Buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal Kementerian Pembangunan Edisi 2012.
  • Buku Prosedur Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal Kementerian Pembangunan Edisi 2012 boleh diperolehi dengan harga $3.00 senaskah di:

Tingkat 1, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan (MODTC), Kementerian Pembangunan, Jalan Pembangunan, Lapangan Terbang Lama Berakas BB3510, Negara Brunei Darussalam.

3. PENDAFTARAN SIJIL PEMBEKAL

  • Syarat-syarat Pendaftaran:
    • Syarat-Syarat Pendaftaran Syarikat Pembekal (Jadual P-1)
    • Yuran Proses dan Yuran Pendaftaran (Jadual P-11 dan Jadual P-III)

 

D. TATACARA PENDAFTARAN

 1. Mengisikan borang pendaftaran dengan lengkap yang boleh didapati di Kaunter Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan atau muat turun borang pendaftaran seperti berikut:

2. Menghantar borang pendaftaran berserta dokumen sokongan yang lengkap dan membuat bayaran pendaftaran yuran proses di:

Tingkat 1, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan (MODTC), Kementerian Pembangunan, Jalan Pembangunan, Lapangan Terbang Lama Berakas BB3510, Negara Brunei Darussalam.

3. Carta aliran Proses Pendaftaran Pembina / Kontraktor / Pembekal

Proses Pendaftaran Pembina, Kontraktor, Pembekal.png

Nota: Sebelum menghadapkan permohonan pendaftaran baru dan membaharui pendaftaran Lesen Pembina / Sijil Pendaftaran Kontraktor / Sijil Pembekal, syarikat dimestikan menghadapkan laporan syarikat ke dalam sistem Business Reporting.

 

E. YURAN PROSES DAN YURAN PENDAFTARAN

1. Yuran proses dan yuran pendaftaran Lesen Pembina dan Sijil Pendaftaran Kontraktor

2. Yuran proses dan yuran pendaftaran Sijil Pembekal

 

F. SENARAI SYARIKAT-SYARIKAT PEMBINA YANG BERDAFTAR DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SEHINGGA MEI 2018

 

G. SENARAI SYARIKAT-SYARIKAT KONTRAKTOR YANG BERDAFTAR DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SEHINGGA MEI 2018

 

H. SENARAI SYARIKAT-SYARIKAT PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SEHINGGA MEI 2018

 

PEMBERIGAAN "BUILDER'S LICENSE"​BUSINESS REPORTING PRESENTATION
PEMBERIGAAN LESEN PEMBINA.pptxBUSINESS REPORTING SLIDES (MOD).pdf