Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPengurusan Korporat

Visi: "Ke Arah Pengurusan Korporat Yang Cemerlang."

Misi: "Menjamin kesejahteraan pegawai dan kakitangan melalui perkhidmatan cekap, tulus, konsisten, amanah dan jujur."


Fungsi dan tugas utama:

PENTADBIRAN

  1. Mengurustadbir semua permohonan-permohonan pegawai dan kakitangan yang berkaitan dengan hal-ehwal kakitangan dan kewangan.
  2. Menjaga kesejahteraan semua lapisan pegawai dan kakitangan yang meliputi tatatertib dan peraturan-peraturan.
  3. Memproses persuratan-persuratan dengan lain-lain agensi kerajaan, swasta, persendirian dan jabatan-jabatan di bawahnya.

PENGURUSAN ASET

  1. Memastikan semua premis bangunan luar dan dalam adalah sentiasa bersih.
  2. Mempastikan keselamatan luar dan di dalam bangunan sentiasa terjamin.
  3. Melaksanakan kerja-kerja pemantauan sepanjang masa ke atas semua kepentingan atau asset-aset milik organisasi.

KEWANGAN

Pengurusan dalam Hal Ehwal Kewangan berpandukan daripada Peraturan Kewangan Tahun 1983 dan Surat-Surat Keliling Kerajaan Negara Brunei Darussalam yang masih dikuatkuasakan pada masa ini.

Yang dimaksudkan dengan pengurusan berkenaan dari segi berikut:

  1. Peruntukan
    1. Urusetia permohonan peruntukan termasuk permohonan waran perjawatan, waran pindah peruntukan, waran tambahan dan waran tuntutan kewangan daripada semua Divisyen / Unit di Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.
    2. Laporan bulanan peruntukan dan perbelanjaan.
  1. Pembayaran
    1. Melaksanakan pembayaran gaji dan elaun-elaun.
    2. Melaksanakan pembayaran bagi tuntutan wang panjar (Petty Cash), pembelian peralatan / perkhidmatan / pembayaran kontrak / pinjaman kenderaan.
    3. Melaksanakan pembayaran yuran / sumbangan tahunan keahlian.
  1. Hasil
    1. Menerima wang kutipan hasil kerajaan bagi Bayaran Pendaftaran (bayaran pendaftaran kontraktor dan kursus), Sewa Bangunan dan Hasil Rampaian (bayaran yuran dokumen sebutharga / tawaran, penjualan buku, pendaftaran bagi Quantity Surveyor dan lain-lain).
    2. Laporan suku tahunan hasil.
    3. Laporan tunggakan hasil.
  1. ​Pembelian / perkhidmatan dan kontrak
    1. Urusetia Jawatankuasa Sebutharga Kementerian Pembangunan bagi pembelian / perkhidmatan / kontrak bernilai $2,000.00 keatas hingga $50,000.00 tidak termasuk Jawatankuasa Sebutharga Unit Pemeliharaan Istana.
    2. Urusetia bagi Lembaga Tawaran Kecil, Kementerian Pembangunan bagi pembelian / perkhidmatan / kontrak bernilai $50,000.00 keatas hingga $250,000.00 termasuk sokongan untuk kebenaran Lembaga Tawaran Negara, Kementerian Kewangan yang melebihi $250,000.00 keatas.

​​PENGURUSAN ICT

  1. Memastikan aplikasi, perisian sistem, rangkaian network di Kementerian Pembangunan dapat digunakan dengan mudah, lancar dan teratur.
  2. Menyelaras projek-projek e-Kerajaan di Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.
  3. Meneliti dan menilai keperluan ICT di Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.
  4. Membuat perancangan yang inovatif demi menyokong ke arah misi Kementerian Pembangunan sejajar dengan matlamat e-Kerajaan.

PENGURUSAN DAN PERKEMBANGAN SUMBER TENAGA MANUSIA

  1. Memproses dan menyelaras keperluan-keperluan kursus dan latihan jangka pendek di dalam negeri.
  2. Menyediakan pelan-pelan perancangan HRD bagi keperluan kursus dan latihan dalam dan luar negeri.
  3. Memproses dan mempertimbangkan permohonan-permohonan latihan di dalam perkhidmatan (LDP) dalam dan luar negeri.

URUSETIA JAWATANKUASA PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA

  1. Melaksanakan proses penghapusan harta-benda dari Kira-Kira Kerajaan.

 

Ketua Divisyen:

Pengiran Kamis bin Pengiran Metamin
Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan
Telefon: 2383222 ext. 624
E-mel: kamis.metamin@mod.gov.bn