Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPenilaian Kesan Alam Sekitar

PENILAIAN KESAN ALAM SEKITAR (ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT / EIA)

 

Selaras dengan misi Jabatan iaitu "memelihara dan melindungi alam sekitar dan daya tahan sumber semula jadi, ke arah mempertingkatkan kesejahteraan serta kualiti kehidupan penduduk dan pembangunan yang berterusan", pertimbangan dari aspek alam sekitar telah disalurkan dalam proses pembangun di mana Penilaian Kesan Alam Sekitar ("Environmental Impact Assessment" / EIA) telah dijadikan satu syarat atau keperluan bagi projek-projek yang mempunyai kesan kepada alam sekitar.

Ini merupakan inisiatif Jabatan dalam menyahut Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah Sultan dan Yang di Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang ke 26 pada tahun 2010 yang lalu. Antara lain petikan titah Baginda berbunyi:

PENGENALAN

Penilaian Kesan Alam Sekitar atau lebih dikenali lagi dengan "Environmental Impact Assessment" (EIA) boleh ditakrifkan sebagai satu proses formal yang digunakan untuk menjangkakan atau meramalkan kesan (sama ada positif atau negatif) dari projek pembangunan kepada alam sekitar dan ianya merupakan salah satu cara yang boleh digunakan oleh pihak yang berkuasa untuk membuat keputusan dengan membuat pertimbangan secara menyeluruh

PROSEDUR MELULUSKAN EIA / "EIA APPROVAL PROCEDURE"

Carta di bawah menunjukkan prosedur yang diikuti Jabatan dari mula menerima makluman mengenai projek yang akan dijalankan oleh pihak pemaju sehingga memberikan kelulusan atau "endorsement" kepada EIA yang disediakan oleh konsaltan alam sekitar yang dilantik. Ini termasuk TPOR Jabatan dalam membalas setiap persuratan atau laporan yang dihantar.


RINGKASAN EIA YANG DITERIMA 2013/2014

Dari Januari 2013 sehingga Disember 2014, Jabatan telah mengambil maklum akan 37 cadangan projek yang dicadangkan oleh pihak Kerajaan dan Swasta [Lihat lampiran 3(a) dan 3(b)]

Tahun Projek Kerajaan Projek Swasta Jumlah Projek
201381018
201491019
Jumlah keseluruhan projek yang dimaklumkan ​ ​   =        37