Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSetiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan)


sut1.png

YANG MULIA AWANG HAJI MUHAMMAD LUTFI BIN ABDULLAH
SETIAUSAHA TETAP (PENTADBIRAN DAN KEWANGAN)
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

 

Awang Haji Muhammad Lutfi dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan pada 6 Oktober 2011.  Sebelum itu beliau adalah Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri dari 18 Jun 2010.

Beliau memulakan karier di Jabatan Perjawatan (sekarang Jabatan Perkhidmatan Pengurusan) pada tahun 1989 sebagai Pegawai Perjawatan.  Beliau seterusnya dilantik sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1997. Semasa karier beliau di Jabatan Perdana Menteri, beliau telah dua kali dinaikkan pangkat ke jawatan Kanan dan dipertanggungjawabkan kepada berbagai Divisyen termasuklah Ketua Divisyen Urustadbir (Division for Governance), dan Penyelidikan dan Pembangunan. Beliau seterusnya berpindah ke Kementerian Kewangan sebagai Pengarah Penyelidikan dan Antarabangsa. Beliau dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada tahun 2009.

Awang Haji Muhammad Lutfi mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda BA (Honours) Social Policy and Public Administration dari Universiti Brunei Darussalam dan Ijazah lanjutan MBA dari University of Wales Institute Cardiff, United Kingdom.

Beliau telah dianugerahkan pingat-pingat dan bintang-bintang kebesaran Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (SMB) pada bulan Julai 2012, Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Berbahagia (PSB) Darjah Ke-IV pada bulan Julai 2006, Pingat Kerja Lama (PKL) pada bulan Jun 2014, Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada bulan Oktober 2010 dan Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) pada bulan Oktober 2001.

Awang Haji Muhammad Lutfi berkahwin dengan Sarimah Binti Bidin dan dianugerahkan dengan enam orang anak.  Beliau minat membaca, bermain golf dan bolasepak.