Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSetiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional)

 
IR. AWANG HAJI AMER HISHAMUDDIN BIN PEHIN ORANG KAYA AMAR PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ZAKARIA
SETIAUSAHA TETAP (INFRASTRUKTUR, PERUMAHAN DAN PROFESIONAL)
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN​
 
Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin dilantik sebagai Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) di Kementerian Pembangunan pada 10 Ogos 2018.

Sebelum pelantikannya, beliau menjawat jawatan sebagai Pengarah Jabatan Kemajuan Perumahan sejak tahun 2015 dan seterusnya sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya di Jabatan Kerja Raya pada tahun 2016.

Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin memulakan perkhidmatannya dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada tahun 1990 sebagai Jurutera Awam di Seksyen Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya. Setelah itu, beliau berkhidmat di Seksyen Saliran, Jabatan Kerja Raya dari tahun 1992 hingga 2004, mengendalikan projek-projek mitigasi banjir. Beliau kemudian memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya dari tahun 2005 hingga 2011. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Perkhidmatan Air di Jabatan Kerja Raya pada tahun 2013.

Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Kejuruteraan Awam dari The City University, London, United Kingdom dalam tahun 1990. Beliau kemudian melanjutkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Hidrologi untuk Pengurusan Alam Sekitar di Imperial College, London, United Kingdom pada tahun 2005.

Beliau memegang kelayakan profesional sebagai Jurutera Awam Berlesen dari Institut Kejuruteraan Awam, United Kingdom. Beliau juga merupakan Ahli Korporat dari Pertubuhan Ukur, Jurutera, dan Arkitek (PUJA) Brunei dan seorang Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional, dan Juruuukur Bahan Negara Brunei Darussalam (BAPEQS).

Tanggungjawab beliau termasuklah sebagai Pengerusi Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional, dan Juruukur Bahan (BAPEQS), Pengerusi Lembaga Pemaju Perumahan (BHD), dan Pengerusi Lembaga Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar.

Sepanjang perkhidmatannya, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin telah dikurniakan beberapa pingat kehormatan negara iaitu Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.) (2001), Darjah Setia Negara Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (P.S.B.) (2008), Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B.) (2012), Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) (2016), Pingat Kerja Lama (P.K.L.) (2017), dan Darjah Setia Negara Brunei Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B.) (2021).