Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTimbalan Menteri Pembangunan

​​Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.jpg 

YANG MULIA DATO PADUKA AWANG HAJI SUHAIMI BIN HAJI GAFAR
 TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
 

 

YM Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar merupakan graduan lulusan dari North East London Polytechnic, England (sekarang dikenali sebagai North East London University) dalam bidang Kejuteraan Awam pada tahun 1985. Pada tahun 2003, beliau memperolehi Ijazah Sarjana lanjutan iaitu Masters in Business Administration (MBA), General dari University Brunei Darussalam.

YM Dato mula berkhidmat dengan kerajaan sebagai Jurutera pada tahun 1985, di Bahagian Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya (sekarang dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Bangunan, JKR). Pada tahun 1991, YM Dato ditukar ke Jabatan Jalan Raya, JKR sebagai Jurutera Kerja dan pada tahun 1994 YM Dato telah diterima menjadi ahli badan berkanun Professional Kejuteraan (Chartered Engineer) dari Institute of Chartered Engineer, United Kingdom. YM Dato seterusnya dinaikan pangkat sebagai Penolong Pengarah Jalan Raya pada tahun 1996 dan menjadi Pengarah Jalan Raya, JKR pada tahun 2001.

Kemudian pada tahun 2003 dilantik menjadi Pengarah Perkhidmatan Air, JKR dan dipindah ke Jabatan Kemajuan, JKR sebagai Pengarah Kemajuan, pada tahun yang sama sehingga 2005. Ditahun yang sama iaitu pada tahun 2005, YM Dato telah dianugerahkan Fellowship Institute of Civil Engineer (FICE), UK. Selepas itu, YM Dato ditugaskan lagi semula ke Jabatan Perkhidmatan Air sebagai Pengarah Perkhidmatan Air selama 4 bulan pada tahun 2005 sebelum dinaikan pangkat menjadi Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, JKR.  Pada Tahun 2008, YM Dato telah ditetapkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya, JKR.

YM Dato dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Teknikal dan Professional) di Kementerian Pembangunan pada tahun 2010 sehingga bersara dari perkhidmatan awam pada bulan Ogos 2015.

Pada bulan Oktober 2015, YM Dato dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam menjadi Timbalan Menteri Pembangunan sehingga sekarang.

Pada Tahun 2010, YM Dato telah dianugerahkan Honorary Member of Asean Engineer Federdation (AER) dan Fellow Member of Asean Academy of Engineering, AAET. Dan pada tahun 2014, YM Dato telah menerima ASEAN Science and Technology Award iaitu ASEAN Meritorious Science Award (AMSA) semasa YM Dato menjadi Pengerusi ASEAN Science and Technology Committee. YM Dato juga menjadi ahli kepada beberapa institusi berkanun seperti Board Member of APEQS (Brunei), PUJA(B), M.I.H.T (UK), Member of REAAA.

YM Dato menerima beberapa pingat-pingat kehormatan dan bintang-bintang kebesaran dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan seperti PJK, PIKB, PKL, Pinggat Jubli Perak, PSB, SMB dan SNB.  Pada 15 Julai 2012, YM Dato telah dikurniakan bintang Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B) yang membawa gelaran 'Dato Paduka'.

YM Dato berkahwin dengan Pengiran Datin Hajah Juraidah binti Pengiran Hj Hidup dan dikurniakan dengan empat orang anak.

YM Dato juga aktif dalam bersukan seperti golf, tennis, badminton, squash, bowling dan berbasikal.