Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTimbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan)

INFODEPT02-11 (v.3).JPG

SR. DAYANG HAJAH NORHAYATI BINTI HAJI MOHD YAAKUB
TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP (INDUSTRI PEMBINAAN DAN KEMAJUAN)
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

Sr. Dayang Hajah Norhayati memulakan kerjayanya dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada tahun 1994 sebagai Juruukur Bahan di Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan. Beliau telah menjawat beberapa jawatan termasuk Ketua Juruukur Bahan dari tahun 2007 hingga 2011, Penolong Pengarah Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya dari tahun 2011 hingga 2012 dan Penolong Pengarah Kemajuan, Jabatan Kerja Raya dari Januari hingga September 2013.

Beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Kemajuan, Jabatan Kerja Raya pada tahun 2014, dan seterusnya menjadi Pengarah Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya pada tahun 2015. Beliau juga meneraju sementara jawatan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya dari tahun 2017 hingga 2018.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan pada tahun 2018 dan memegang jawatan terkininya iaitu Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan) di Kementerian Pembangunan sejak April 2021.

Dalam jawatannya sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Pembangunan), beliau terlibat dalam mengawasi kemajuan serta tadbir urus industri pembinaan dan bangunan di Negara Brunei Darussalam.

Sr. Dayang Hajah Norhayati memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Juruukur Bahan dari Universiti Liverpool John Moores, United Kingdom pada tahun 1994. Beliau kemudian melanjutkan pengajiannya di peringkat Sarjana Sains dalam bidang Undang-Undang Pembinaan di Universiti Wolverhampton, United Kingdom pada tahun 2005.

Beliau merupakan Ahli Profesional 'Royal Institution of Chartered Surveyors' dan salah seorang Juruukur Bahan berdaftar di bawah Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional, dan Juruukur Bahan Negara Brunei Darussalam (BAPEQS).

Sepanjang perkhidmatannya, Sr. Dayang Hajah Norhayati telah dikurniakan beberapa pingat kehormatan negara iaitu Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.) (2007), Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (P.S.B.) (2012), dan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B.) (2021).

Beliau gemar melakukan senaman seperti berjalan pantas, berbasikal dan aktiviti fizikal.