Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Jabatan Ukur juara Kejohanan Bola Sepak Kementerian Pembangunan

Oleh: Marlinawaty Hussin | Foto: Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

bolasepak2017_1.png

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah menyampaikan Piala Juara kepada para pemain Jabatan Ukur.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 24 Mei. - Jabatan Ukur muncul juara Kejohanan Peringkat Akhir Bola Sepak Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya bagi Tahun 2017 selepas menewaskan Jabatan Perkhidmatan Air dengan keputusan 4 - 2. Kejohanan berlangsung di Kompleks Sukan Padang dan Balapan.

Sementara itu, Anugerah Penjaring Terbanyak  disandang oleh Md. Nurhalimin Shaminan dari Jabatan Kemajuan Perumahan, manakala Anugerah Pemain Terbaik dimenangi oleh Safwan Amalidin Sabli dari Jabatan Ukur.

bolasepak2017_2.png

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah menyampaikan hadiah kepada para pemain

Hadir menyaksikan perlawanan dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah selaku tetamu kehormat.

Kejohanan dikelolakan bersama oleh Jabatan Perkhidmatan Teknikal dan Jabatan Kemajuan, Jabatan Kerja Raya itu disertai oleh 12 buah pasukan.

bolasepak2017_4.png

bolasepak2017_3.png

bolasepak2017_5.png

ANTARA aksi perlawanan peringkat akhir bola sepak Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya 2017.

Turut menyaksikan perlawanan ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

Kejohanan tersebut bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya dan meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal serta memupuk sikap bekerjasama, berkomunikasi dan semangat berpasukan.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments