Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

207 warga Kementerian Pembangunan terima pingat P.K.L

Oleh: Nooratini Haji Abas | Foto: Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

pkl2017_3.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah semasa semasa menyampaikan Pingat Kerja Lama kepada Pegawai-pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25 Mei. - Seramai 207 pegawai dan kakitangan yang terdiri daripada 132 lelaki serta 75 perempuan dari Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya menerima Pingat Kerja Lama (P.K.L) sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Hadir selaku tetamu kehormat menyempurnakan penyampaian pingat tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

pkl2017_2.png

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian Pingat Kerja Lama kepada Pegawai-pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya

Para penerima P.K.L merupakan para pegawai dan kakitangan yang telah mencapai perkhidmatan dengan kerajaan tidak kurang dari 20 tahun dan dikenal pasti telah memenuhi ciri-ciri kelayakan yang dipersyaratkan, iaitu memiliki rekod-rekod perkhidmatan yang bersih serta mencapai tahap prestasi sangat baik tidak kurang dari tiga tahun kebelakangan.

pkl2017_4.png

pkl2017_5.png

PARA penerima Pingat Kerja Lama terdiri daripada Pegawai-pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit di Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Sumber: Pelita Brunei.

IMG_2813.JPG

IMG_2819.JPG

IMG_2825.JPG

IMG_2831.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah bergambar ramai bersama para penerima Pingat Kerja Lama (Foto: Kementerian Pembangunan).

Attachments