Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis Tadarus Al-Quran Kementerian Pembangunan

Berita dan Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor | Morshidi

tedarusmasjidubd_3.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Bahrin bin Abdullah mengetuai rombongan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan dibawahnya dalam Majlis Tedarus Al-Quran, Bertahlil dan Berbuka Puasa yang diadakan di Masjid Universiti Brunei Darussalam.

TUNGKU LINK, Rabu, 7 Jun. – Dalam menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini, Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran, Bertahlil dan Berbuka Puasa di Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD), di sini.

Hadir mengetuai rombongan berkenaan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

Juga hadir, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya.

Terdahulu, Yang Berhormat Menteri Pembangunan menyempurnakan penyerahan wakaf berupa dua unit dispenser air kepada Imam Masjid UBD, Awang Haji Jufri bin Haji Hidup.

 tedarusmasjidubd_1.jpg

tedarusmasjidubd_2.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Bahrin bin Abdullah menyempurnakan penyerahan wakaf berupa dua unit dispenser air kepada Imam Masjid UBD, Awang Haji Jufri bin Haji Hidup.

Majlis diteruskan dengan Tadarus Al-Quran yang dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bergilir-gilir yang dimulakan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan disusuli dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah.

tedarusmasjidubd_4.jpg 

TEDARUS Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihaah dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bergilir-gilir yang dimulakan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

Yang Berhormat seterusnya bersama-sama rombongan berbuka puasa dan menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah yang diimamkan oleh Imam Masjid berkenaan.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments