Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Pembangunan

Berita dan Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

 Majliskhatamalquran2017_6.jpg

SEKITAR Majlis Khatam Al-Quran, Bertahlil dan Berbuka Puasa Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan dibawahnya.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Jun – Bagi menyemarakkan lagi bulan yang penuh dengan keberkatan ini, Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, Bertahlil dan Berbuka Puasa di Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi, di sini.

Hadir mengetuai rombongan berkenaan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

Majlis juga turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin serta ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit serta  para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Majlis dimulakan dengan penyerahan wakaf berupa dua unit dispenser air yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan diterima oleh Imam masjid berkenaan, Awang Faizal bin Rosli.

 Majliskhatamalquran2017_1.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Bahrin bin Abdullah menyerahkan wakaf berupa dua buah mesin dispenser air kepada Imam Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Awang Faizal bin Rosli.

Majlis diteruskan dengan Khatam Al-Quran yang didahului oleh Yang Berhormat dan disusuli dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah.

 Majliskhatamalquran2017_2.jpg

MAJLIS Khatam Al-Quran bagi Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan dibawahnya didahului dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Bahrin bin Abdullah.

Majlis diakhiri dengan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama dan menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.

Majlis Khatam Al-Quran ini menandakan berakhirnya pembacaan Al-Quran 30 Juzuk dari warga Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

 Majliskhatamalquran2017_4.jpg

 Majliskhatamalquran2017_5.jpg

SEBAHAGIAN daripada para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan dibawahnya pada Majlis Khatam Al-Quran, Bertahlil dan Berbuka Puasa yang diadakan di Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi.

Terdahulu, Majlis Bertadarus kementerian berkenaan diadakan di Masjid Universiti Brunei Darussalam pada 7 Jun 2017 dan juga  di kediaman Timbalan Menteri Pembangunan pada 10 Jun 2017 yang lalu.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments