Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan sambut Hari Raya Aidilfitri

​​Oleh: Aimi Sani | Foto: Azmah Haji Ahad

1_rayamod_tcp_2017.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah bersama isteri semasa bergambar kenangan bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfiti bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 8 Julai. – Bagi menyemarakkan lagi Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Ruang Lobi, Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama Berakas, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis sambutan tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah dan datin.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan.

3_rayamod_tcp_2017.jpg

4_rayamod_tcp_2017.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan berkesempatan beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis seumpama ini merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan di mana pada tahun ini ianya dikendalikan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa.

Majlis yang dihadiri oleh warga kerja berserta keluarga ini, bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kerjasama di antara pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pembangunan di samping sebagai tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan.

Acara turut diserikan dengan persembahan lakonan dan nyanyian gabungan dari jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments