Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Sambutan Aidilfitri Kementerian Pembangunan

Oleh:  Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad | Foto : Ihsan Borneo Bulletin | Ahad, 09 Ogos 2015

6574818935c9a37382991e2601c68790_XL.jpg
SESI bergambar ramai sempena Hari Raya Kementerian Pembangunan.

KUALA BELAIT, Sabtu, 8 Ogos. - Kehangatan Aidilfitri masih terasa dengan beberapa majlis Sambutan Hari Raya masih diadakan di peringkat jabatan, kementerian dan persendirian.

Sehubungan itu, jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Daerah Belait, pagi tadi mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri di Taman Persiaran, Jalan Sungai Belait, di sini.

08082015_IHSAN_BB_01.jpg
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menyampaikan derma kepada kakitangan yang kurang berkemampuan di bawah Kementerian Pembangunan daerah berkenaan.

Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

Majlis diselajurkan dengan penyampaian derma kepada dua orang kakitangan yang kurang berkemampuan di bawah kementerian daerah berkenaan.

08082015_IHSAN_BB_03_.jpg
YANG Berhormat Menteri Pembanguna bersama pegawai-pegawai kanan menyanyikan lagu Hari Raya.

Juga hadir Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; Pemangku Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin dan Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Awang Chua Pheng Keong.

Sumber: Pelita Brunei.​
Attachments