Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

KKC terap nilai kerja berpasukan

​Berita dan Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

kkc2017_1.jpg

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hadir selaku wakil peribadi Menteri Pembangunan, Yang Berhomat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah di Majlis Konvensyen Kerja Cemerlang (KKC) peringkat Kementerian Pembangunan.

BERAKAS, Rabu, 2 Ogos. - Ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Pembangunan, diseru supaya akan dapat melipatgandakan usaha yang positif serta komitmen yang tinggi dari pegawai atasan adalah sangat mustahak dan penting dalam menyahut usaha dan panggilan ke arah mempertingkatkan kualiti kerja dan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dalam mencapai matlamat kecemerlangan perkhidmatan awam di negara ini.

Seruan tersebut dibuat oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah dalam ucapan beliau yang telah dibacakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar selaku wakil peribadi di Majlis Konvensyen Kerja Cemerlang (KKC) yang diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, di sini.

kkc2017_2.jpg

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar selaku wakil peribadi dan membacakan teks ucapan Menteri Pembangunan, Yang Berhomat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah di Majlis Konvensyen Kerja Cemerlang.

Menurut Yang Berhormat, penggunaan kaedah KKC dipercayai boleh menyemai dan menerapkan nilai-nilai kerja berpasukan serta dapat mengekalkan konsep 'syura' atau permuzakarahan dalam menjalankan dan melaksanakan kerja-kerja harian dan diyakini akan menyumbangkan kesan positif serta pembaikan berterusan pada tahap individu, kumpulan dan organisasi secara keseluruhan.

kkc2017_3.jpg

SEBAHAGIAN daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan yang menghadiri pembentangan di Konvensyen Kerja Cemerlang.

Pada majlis tersebut turut menyaksikan sebanyak 6 tajuk-tajuk projek dibentangkan mewakili Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Ukur.

Sementara itu Kumpulan PGS1617 dari Jabatan Ukur dengan tajuk projek Peta Banjir Yang Kurang Komprehensif, telah diumumkan sebagai juara KKC peringkat Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya diikuti dengan Kumpulan MU@KAD dari Jabatan Ukur di tempat kedua, dengan tajuk projek Peta RSO Yang Tidak Memenuhi Kehendak Pelanggan dan di tempat ketiga, Kumpulan 3GS dari Jabatan Ukur dengan tajuk projek Kesukaran Dalam Pengendalian Peralatan Komputer.

kkc2017_4.jpg

KUMPULAN PGS1617 dari Jabatan Ukur menjuarai Konvensyen Kerja Cemerlang peringkat Kementerian Pembangunan dengan projek Peta Banjir Yang Kurang Komprehensif.

Para pemenang juga turut menerima hadiah yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

kkc2017_5.jpg

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa menyempurnakan penyampaian hadiah kepada juara KKC peringkat Kementerian Pembangunan Kumpulan PGS1617 dari Jabatan Ukur dengan tajuk projek Peta Banjir Yang Kurang Komprehensif.

Konvensyen KKC peringkat Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya merupakan aktiviti tahunan kementerian yang bertujuan menggalakkan setiap jabatan untuk mengadakan kumpulan-kumpulan bertindak bagi menangani masalah-masalah yang dikenal pasti di jabatan masing-masing.

Turut hadir di majlis ini ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Timbalan Setiausaha Tetap, Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku Pengerusi Majlis; Ketua-Ketua Jabatan, Divisyen dan Unit, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments