Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kukuhkan kerjasama dalam bidang geospatial

Oleh: Aimi Sani | Foto: Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 1_14SEASC2017.png

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah berucap pada Kongres Ukur Asia Tenggara Ke-14.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 15 Ogos. – Tema Kongres Ukur Asia Tenggara Ke-14 (14th South East Asia Survey Congress – SEASC) iaitu 'Bridging the Gap' menggariskan aspirasi untuk membina dan mengukuhkan kerjasama dalam peruntukan serta nasihat maklumat geospatial bagi menampung keperluan pembangunan di rantau Asia dengan tumpuan khusus di negara ASEAN.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah semasa Majlis Perasmian SEASC Ke-14 yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun.

Teknologi geospatial menurut Yang Berhormat Menteri Pembangunan adalah antara teknologi terkini yang paling penting dan menarik ketika ini di mana pertumbuhan dan aplikasi mereka menawarkan potensi untuk memberi ganjaran kepada penerima-penerima dalam sektor swasta dan kerajaan.

Peningkatan ketersediaan Sistem Maklumat Geografi dan Pemetaan Internet dengan imej bumi beresolusi tinggi, jelas Yang Berhormat, mendorong sektor swasta dan awam untuk mula menggunakan teknologi ini dalam strategi perancangan, pembangunan dan perniagaan mereka serta bahagian lainnya.

"Industri geospatial memainkan peranan penting dalam menyediakan nilai tambah dan maklumat kritikal untuk pengurusan sumber yang lebih baik dalam pelbagai bidang yang mana banyak kerajaan telah mengguna pakai teknologi geospatial selain berkongsi maklumat bagi meningkatkan penyampaian Perkhidmatan Awam mereka. Sesetengah kerajaan mengimbangi inisiatif geospatial sebagai elemen penting dalam agenda nasional mereka untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs)," tambahnya.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments