Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Beri peluang pakar tempatan berinteraksi dengan pakar ukur antarabangsa

Oleh: Rohani Haji Abdul Hamid | Foto: Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

7_SEASC2017.png

HADIR selaku tetamu kehormat majlis, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar pada Majlis Congress Dinner Cum Surveyor's Night bertempat di Tarindak D'Seni, ibu negara.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 15 Ogos. – Bagi mengalu-alukan kehadiran delegasi-delegasi antarabangsa dan peserta-peserta kongres, Jabatan Ukur, Brunei Institution of Geomatics (B.I.G), Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS) Brunei Centre dan Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) menganjurkan Majlis '14th South East Asia Survey Congress Dinner cum Surveyor's Night'.

Majlis diadakan di Dewan Serambi Suluh, Tarindak D'Seni.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Presiden B.I.G, Sr. Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan, selaku Pengarah Kongres.

8_SEASC2017.png

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyampaikan Sijil Diploma B.I.G pada Majlis Congress Dinner Cum Surveyor's Night.

Majlis antara lain juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pakar-pakar tempatan di dalam bidang pengukuran, kejuruteraan, arkitek dan disiplin-disiplin yang berkaitan untuk beramah mesra dan berinteraksi dengan pakar antarabangsa bagi mempromosikan bidang ukur.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments