Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Budayakan kerja sihat dan selamat, kurangkan kes kemalangan

​Oleh: Khartini Hamir | Foto: Mohd. Sahrizal Haji Said

3_HSSE2017.jpg

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar merasmikan Persidangan Kesihatan, Keselamatan Sekuriti dan Alam Sekitar (HSSE) yang berlangsung di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 Ogos. – Mengikut statistik dari International Labour Organization (ILO), sejumlah 6,300 kematian di seluruh dunia berlaku setiap hari akibat daripada kemalangan dalam pekerjaan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan.

Di Negara Brunei Darussalam pula, jumlah kemalangan yang paling tinggi tercatat adalah dari industri pembinaan.

Statistik mencatatkan sebanyak 68 kes kemalangan direkodkan pada tahun 2016, dan daripada jumlah tersebut dua jenis kemalangan tertinggi yang direkodkan adalah kemalangan berpunca dari 'fall from height' dan 'struck by falling object'.

Walau bagaimanapun, kes-kes kematian di tempat pembinaan menurun daripada sembilan kes pada tahun 2015 kepada empat kes pada tahun 2016 dan pada tahun ini pula,  tiga kes kematian yang telah direkodkan setakat ini.

2_HSSE2017.jpg

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa memberikan ucapan di Persidangan Kesihatan, Keselamatan Sekuriti dan Alam Sekitar (HSSE).

Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyatakan mengenai perkara tersebut ketika merasmikan Persidangan Kesihatan, Keselamatan Sekuriti dan Alam Sekitar (HSSE) yang berlangsung di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Namun tambahnya, secara purata industri pembinaan di  negara ini mencatatkan 'work related fatality' berjumlah 4.5 bagi 100,000 pekerja pada tahun 2015 dan telah menurun kepada 2.0 di tahun 2016, dan jika dibandingkan dengan statistik di United Kingdom iaitu sejumlah 0.48 bagi 100,000 pekerja pada tahun 2015.

"Dari itu negara perlu bekerja keras untuk memperbaiki masalah ini. Maka adalah penting bagi kita untuk sama-sama membudayakan kerja sihat dan selamat bagi mengurangkan kes-kes kemalangan dan kematian bagi mencapai sasaran pihak kementerian kepada tahap kematian sifar," ujarnya.

Majlis juga diselajurkan dengan Pelancaran Buku Manual Occupational Health and Safety Management System (OHSMS) yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk diamalkan di dalam projek-projek jabatan yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan.

4_HSSE2017.jpg

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa melancarkan Buku Manual Occupational Health and Safety Management System (OHSMS) yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya.

Ketua Pengarah Kerja Raya, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan, antara perkara-perkara yang penting yang ditekankan di dalam Manual OHSMS JKR adalah seperti kepentingan HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment, Risk Control) di dalam sebarang aktiviti jabatan; Polisi Keselamatan dan Ketentuan Perundangan; Tanggungjawab dan akauntabiliti setiap 'stakeholder'; Kesiapsiagaan dan respon ketika kecemasan; dan Incident Investigation, Nonconformity, Corrective Action dan Preventive Action.

1_HSSE2017.jpg

KETUA Pengarah Kerja Raya, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria semasa menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan bertemakan 'Towards Achieving a Sustainable Future', persidangan kali kedua yang dikelolakan oleh JKR bersama Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) serta kerjasama pihak Jabatan Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (EIDPMO) dan Jabatan Buruh serta pihak CONFEX Sdn. Bhd. bertujuan untuk mempromosikan dan membudayakan cara kerja sihat dan selamat yang perlu diambil berat oleh semua lapisan sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta.

Persidangan tiga hari ini juga disertai pakar-pakar tempatan dan luar negara bagi sama-sama mengongsikan pengetahuan dan kepakaran mereka termasuk panel jemputan dari Australia, James Wood yang mengetengahkan penyampaian ucaptamanya yang bertajuk 'Safety Leadership in Construction Industry'.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments