Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

114 warga Kementerian Pembangunan terima PKL

Oleh:  Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi | Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman | Khamis, 13 Ogos 2015 

42d572f0b03c64089f28daf63e9c6de5_XL_1.jpg
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menyampaikan Pingat Kerja Lama kepada penerima.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 13 Ogos. - Pingat Kerja Lama (PKL) merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan kepada penjawat awam yang berkhidmat lebih 20 tahun.

Selain tempoh perkhidmatan tersebut, mereka mestilah memiliki pencapaian prestasi kerja sekurang-kurangnya sangat baik dalam tiga tahun kebelakangan.

Acara pengurniaan pingat yang diadakan buat julung kalinya disempurnakan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

Seramai 114 warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya petang ini  menerima  PKL terdiri daripada 72 lelaki dan 42 perempuan berlangsung di Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan.

ZULIZZI_PKL_MOD_1_130815.jpg
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman
semasa hadir pada Majlis pengurniaan Pingat Kerja Lama (PKL) Kementerian Pembangunan.

Terdahulu, Pemangku Pengarah Pentadbiran  dan Kewangan, Pengiran Kamis bin Pengiran Metamin, selaku Pengerusi Majlis dalam alu-aluannya berkata, PKL dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-68 bagi tahun 2014.

ZULIZZI_PKL_MOD_3_130815.jpg
YANG Berhormat Menteri Pembangunan semasa menyampaikan Pingat Kerja Lama kepada salah seorang penerima di majlis berkenaan.

Segala sumbangan dan pengorbanan warga kementerian berkenaan dalam sama-sama memikul dan mengurus tadbir kementerian, jabatan atau agensi-agensi kerajaan pada masa mereka berkhidmat atau pernah berkhidmat, katanya, akan sentiasa diingati dan dikenang.

Beliau percaya pencapaian dan kecemerlangan Perkhidmatan Awam di masa ini banyak bergantung kepada kecekapan, ketekunan, kejujuran dan kewibawaan abiskita semua.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) kementerian tersebut, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah serta pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan.

Sumber: Pelita Brunei.
Attachments