Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Sambutan Aidilfitri Kementerian Pembangunan meriah
Oleh:  Khartini Hamir | Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said | Rabu, 12 Ogos 2015

0be190b4d8c34f75ec2f09f269cef1b3_XL_1.jpg
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan isteri semasa hadir dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015M.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12 Ogos. - Majlis-majlis Sambutan Hari Raya masih gilang-gemilang diraikan dan tidak ketinggalan juga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya malam tadi mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1436 Hijrah / 2015 Masihi yang diadakan di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

Juga hadir sama ialah Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; dan Timbalan Setiausaha Tetap, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

120815_RIZAL_7633_PEMBANGUNAN.jpg
MAJLIS Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015M yang penuh warna-warni turut dimeriahkan dengan beberapa persembahan hiburan.

Majlis yang dikelolakan oleh Jabatan Tanah ini dihadiri oleh para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembanguan dan jabatan-jabatan di bawahnya berserta kaum keluarga yang antara lain bertujuan untuk meraikan Sambutan Hari Raya sebagai tanda kemenangan umat Islam setelah berpuasa di bulan Ramadan, di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan para pegawai dan kakitangan serta keluarga.

Acara Sambutan Hari Raya ini juga turut diserikan dengan pelbagai persembahan yang menarik daripada wakil jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan seperti nyanyian lagu-lagu raya, nasyid dan persembahan sketsa.

Para jemputan yang hadir juga turut dijamu dengan pelbagai hidangan juadah yang disediakan dan suasana juga turut dimeriahkan penuh warna-warni dengan beberapa persembahan gulintangan.

Sumber: Pelita Brunei.
Attachments