Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan sertai Acara Lumba Perahu

Oleh: Kementerian Pembangunan | Gambar: Kementerian Pembangunan

IMG_9589.JPG

PEMANGKU Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Awang Mohammad Iskandar bin Haji Idris bergambar ramai bersama pasukan lumba perahu Kementerian Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 November. – Pasukan lumba perahu Kementerian Pembangunan telah menyertai Acara Lumba Perahu sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

Pada acara tersebut, pasukan lumba perahu Kementerian Pembangunan menyertai satu acara sahaja iaitu acara Lumba Perahu Tradisi antara Kementerian-Kementerian 25 Pekayuh dan meraih tempat kelima.

Hadir memberikan kata-kata semangat kepada pasukan lumba perahu Kementerian Pembangunan ialah Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Pembangunan, Awang Mohamad Iskandar bin Haji Idris. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pekayuh-pekayuh dan yang terlibat kerana telah menjalani latihan dengan gigih sebelum ini.

Pasukan lumba perahu Kementerian Pembangunan adalah terdiri daripada pekayuh-pekayuh, pengurus, penolong pengurus dan jurulatih dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya.

2017-11-26-PHOTO-00000005.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah juga turut serta semasa Acara Lumba Perahu berkenaan.

Turut menyertai pada Acara Lumba Perahu itu ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah iaitu dalam acara Lumba Perahu Fiberglass Acara Khas 15 Pekayuh.

Attachments