Berita dan Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor/Morshidi
MAJLIS Penyampaian Sijil dan Surat Lantikan First Aider bagi Jabatan Kerja Raya telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria.
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 November. - Ke arah memastikan setiap tempat kerja di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa siap siaga dan mempunyai pegawai dan kakitangan terlatih untuk bertindak sekiranya berlakunya kecemasan, seramai 72 peserta warga JKR telah menerima Surat Lantikan dan Sijil Asas Pertolongan Cemas yang telah diadakan di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat JKR, Berakas.
Majlis Penyampaian Surat Lantikan dan Sijil telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria.
KETUA Pengarah Kerja Raya, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria menyampaikan sijil kepada First Aider dari Jabatan Kerja Raya.
Menurut Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, JKR, Awang Haji Amer Azman bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Abd Rahman semasa menyampaikan kata-kata aluan, para penerima merupakan peserta kursus yang telah diadakan bermula Ogos hingga Oktober 2017 yang merangkumi lima sesi dan telah dikendalikan sepenuhnya oleh Pusat Resusitasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan.
Terdahulu, satu Taklimat Kepentingan Pertolongan Cemas turut disampaikan oleh Awang Erzam bin Hassan dari Pusat Resusitasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan diikuti dengan penyerahan sumbangan kerusi roda bagi kegunaan kecemasan di Bangunan Ibu Pejabat JKR.
TAKLIMAT Kepentingan Pertolongan Cemas disampaikan oleh Awang Erzam bin Hassan dari Pusat Resusitasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan.
KETUA Pengarah Kerja Raya, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria semasa menerima kerusi roda bagi kegunaan dan kemudahan di Bangunan Ibu Pejabat JKR.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah timbalan ketua pengarah, ketua-ketua jabatan di JKR serta pegawai dan jurulatih dari Pusat Resusitasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan.
Sumber: Pelita Brunei.