Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Empat tiang strategik BIMP-EAGA dicapai

Oleh:  Aimi Sani | Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali | Isnin, 24 Ogos 2015

3b0af99ca092b13b81431354b9e9866a_XL_.jpg
MESYUARAT Kluster Alam Sekitar BIMP-EAGA berlangsung di Dewan Bertabur, Kementerian Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 24 Ogos. - Beberapa perkembangan terkini Kawasan Pertumbuhan Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) telah dicapai dalam keempat-empat tiang strategik BIMP-EAGA iaitu kesalinghubungan, pengeluaran makanan (food basket), pelancongan dan alam sekitar.

Peningkatan yang telah dicapai ke arah kesalinghubungan dalam rantau tersebut, melalui kedua-dua hubungan udara dan darat.

Pencapaian itu amat menggembirakan bahawa alam sekitar telah dijadikan sebagai tiang keempat BIMP-EAGA dan ianya diharap akan dapat memberi tumpuan kepada pemuliharaan dan pengekalan biodiversiti dalam 'Heart of Borneo' dan terumbu karang.

BIMP-EAGA mula dilancarkan pada 24 Mac 1994 yang mana inisiatif visinya adalah untuk merealisasikan pembangunan ekonomi sosial yang mapan dan penyertaan penuh rantau dalam proses pembangunan ASEAN.

AMIRUL5_240815_BIMP-EAGA_.jpg
DELEGASI BIMP-EAGA dalam sesi bergambar ramai semasa Mesyuarat Kluster Alam Sekitar BIMP-EAGA (BIMP-EAGA Envrionment Cluster Meeting) Ke-4.

Sehubungan itu, Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Pembangunan diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Kluster Alam Sekitar BIMP-EAGA (BIMP-EAGA Environment Cluster Meeting) Ke-4 bertempat di Dewan Bertabur, Kementerian Pembangunan.

Mesyuarat Kluster Alam Sekitar BIMP-EAGA memastikan pengurusan tiang keempat (pillar 4) dalam suasana yang mapan di bawah kawasan strategik BIMP-EAGA ditangani, selain membincangkan isu-isu alam sekitar termasuk pengurusan lestari kritikal ekosistem; perubahan iklim; penyesuaian sub-serantau dan pengurangan; promosi teknologi pengeluaran bersih dan hijau; menangani keutamaan kepada isu-isu yang merentasi sempadan dan memberi keutamaan kepada alam sekitar dalam teras strategik lain di bawah kerjasama BIMP-EAGA.

Pemangku Pengarah Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kim Hon binti Bangau dalam ucapan alu-aluannya berkata, Negara Brunei Darussalam penuh komited kepada konsep pembangunan mapan sebagai pusat untuk pembangunan sosioekonomi yang telah termaktub dalam Rancangan Pembangunan Negara (RPN).

AMIRUL3_240815_BIMP-EAGA_.jpg
PEMANGKU Pengarah Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kim Hon binti Bangau semasa menyampaikan ucapan alu-aluan.

Menurutnya, isu alam sekitar dan sumber semula terus diberi perhatian bagi memastikan pembangunan yang seimbang dan mapan dengan mengambil langkah-langkah untuk mengenal pasti secara berhemah, pendekatan yang kos efektif serta pengurusan sesuai bagi menghasilkan pelbagai faedah dalam usaha untuk memastikan pembangunan yang mampan dan berdaya tahan.

Peringkat serantau, di bawah Kementerian Pembangunan, jelasnya, Negara Brunei Darussalam amat aktif dalam forum ASEAN di mana kerjasama persekitaran ASEAN memberi tumpuan kepada 10 bidang keutamaan penting serantau yang ditunjukkan dalam Pelan Pembangunan bagi Komuniti ASEAN Sosio-Budaya (ASCC Blueprint) 2009-201 termasuk isu-isu mengenai global alam sekitar, pencemaran alam sekitar, teknologi mesra alam sekitar, taraf hidup yang berkualiti untuk bandar-bandar ASEAN / kawasan bandar, dasar alam sekitar dan pangkalan data.

AMIRUL1_240815_BIMP-EAGA_.jpg
DATUK Yabi bin Yangkat semasa mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Sementara itu, Ketua Delegasi Malaysia, Datuk Yabi bin Yangkat juga selaku Pengerusi mesyuarat berkata, mesyuarat tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertama, laporan mengenai kemajuan pelaksanaan projek oleh setiap negara anggota dan kedua, adalah bengkel ‘Charting the Post-2016 Environment Sector Roadmap’ yang akan dikendalikan oleh kedua-dua Pusat Pemudahan BIMP-EAGA.

“Saya benar-benar berharap dalam mesyuarat ini kita akan menerima laporan pelaksanaan projek dari setiap negara anggota atau sekurang-kurangnya satu cadangan projek akhir yang boleh dilaksanakan tidak lama lagi selepas pengesahan mesyuarat ini,” jelas beliau.

Sumber: Pelita Brunei.​
Attachments