Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Hari Tanpa Beg Plastik dilaratkan

​Berita dan Foto: Aimi Sani

Hari Khamis Tanpa Beg Plastik_3.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan menyampaikan poster kepada wakil-wakil dari kedai-kedai yang menyertai inisiatif Hujung Minggu Tanpa Beg Plastik.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 19 April. – Dalam usaha untuk mencapai sasaran pengurangan jumlah pengeluaran sampah serta menggalakkan tabiat kitar semula, iaitu pengalaman 3R (Reuse, Reduce, Recycle) dalam kalangan masyarakat, inisiatif Hujung Minggu Tanpa Beg Plastik hari ini menyaksikan penambahan hari Khamis ke arah Setiap Hari Tanpa Beg Plastik.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) mengadakan Majlis Pelancaran Penambahan hari Khamis ke arah Setiap Hari Tanpa Beg Plastik bersempena dengan Hari Bumi 2018, bersesuaian dengan tema pada tahun ini: 'Akhiri Pencemaran Plastik' pada majlis yang berlangsung di Dewan Bertabur, Kementerian Pembangunan, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis seterusnya melancarkan majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis turut menyaksikan pelancaran halaman instagram JASTRe, 'jastre.bn' dan penyampaian poster kepada wakil-wakil dari kedai-kedai yang menyertai inisiatif Hujung Minggu Tanpa Beg Plastik.

Ia adalah tanggungjawab semua pihak termasuk individu, institusi atau organisasi untuk mengakhiri pencemaran plastik dan memastikan persekitaran adalah bebas dari pencemaran, di samping memupuk tabiat-tabiat yang berunsurkan kehijauan dan kelestarian ke arah sebuah negara yang berkualiti selaras dengan Wawasan Brunei 2035.

Terdahulu, Pemangku Pengarah JASTRe, Dayang Martinah binti Haji Tamit dalam ucapan alu-aluannya menyentuh kesesuaian tema Hari Bumi tahun ini, dengan usaha kerajaan ke arah tujuan Setiap Hari Tanpa Beg Plastik dalam menangani isu sisa plastik.

Hari Khamis Tanpa Beg Plastik.jpg

PEMANGKU Pengarah JASTRe, Dayang Martinah binti Haji Tamit menyampaikan ucapan alu-aluannya.

Jelasnya, slogan untuk pelancaran hari ini, 'It takes a nation to end plastic pollution' juga mengulangi pentingnya penglibatan dari kesemua pihak.

''Ianya adalah tanggungjawab semua pihak termasuk individu, institusi atau organisasi untuk mengakhiri pencemaran plastik dan memastikan persekitaran adalah bebas dari pencemaran di samping memupuk tabiat-tabiat yang berunsurkan kehijauan dan kelestarian ke arah sebuah negara yang berkualiti selaras dengan Wawasan Brunei 2035,'' ujarnya.

Turut hadir, Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Ong Tiong Oh; Pemangku Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya dan Pegawai Daerah Brunei Muara.

Selesai majlis pelancaran, rombongan dari Kementerian Pembangunan yang diketuai oleh Pemangku Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) melawat Pusat Beli-Belah Utama Grand, Pasar Raya Sin Kew Hin dan Jaya Centrepoint Hypermart Sendirian Berhad di Gadong bagi pembahagian beg-beg guna semula kepada orang ramai.

Penambahan hari-hari lain akan dibuat secara berperingkat-peringkat seperti berikut: penambahan hari Rabu pada bulan Julai 2018, Selasa pada Oktober 2018 dan Isnin untuk ditambah pada Disember 2018 bagi merealisasikan matlamat dan dasar kerajaan ke arah Setiap Hari Tanpa Beg Plastik sehingga bermula 1 Januari 2019.

Pada permulaannya, penambahan ini akan melibatkan kedai-kedai dan gedung-gedung perniagaan yang sedia ada tersenarai di bawah Inisiatif Hujung Minggu Tanpa Beg Plastik.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments