Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis Kesyukuran HKK 2018 Daerah Temburong

Oleh: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi | Foto: Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

1_Majlis Kesyukuran Sempena Hari Keluarga Kebangsaan 2018.jpg

HADIR menyertai bersama jemaah ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar dan Menteri kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan.

TEMBURONG, Khamis, 3 Mei. – Negara Brunei Darussalam meraikan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) setiap hari Ahad pada minggu pertama di bulan Mei yang disambut sejak tahun 2012.

Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan pada tahun ini didahului dengan Majlis Kesyukuran yang diadakan di seluruh negara secara serentak.

Bagi Daerah Temburong, acara diadakan di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

Hadir menyertai jemaah ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar dan Menteri kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Acara dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Shafrillah bin Haji Ahmad.

Diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah, membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil yang dipimpin oleh Awang Haji Shafrillah.

Sementara Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2018 dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Mohd. Elde Bin Haji Suhaile.

Sebelum mengakhiri majlis, Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Kamarulzaman bin Kamis.

Sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2018 Masihi ini, sama-sama kita memohon keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala agar rakyat dan penduduk serta Negara Brunei Darussalam sentiasa terpelihara dan dilindungi dari segala perkara yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan negara dan keluarga kita yang disayangi.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments