Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Awal Ramadan NBD, 17 Mei

Oleh: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad | Foto: Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

2_Merukyah Hilal Ramadhan 1439 Hijrah.jpg

MENTERI Pembangunan antara yang hadir di Menara Ibu Pejabat DST.

TUNGKU LINK, Selasa, 15 Mei. – Umat Islam di negara ini akan memulakan ibadah puasa Ramadan pada Khamis, 17 Mei.

Merukyah anak bulan Ramadan yang diadakan di Menara Bangunan Ibu Pejabat DST tidak berhasil melihat anak bulan bagi menentukan awal Ramadan.

Hadir pada acara ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Juga hadir, Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

Majlis dimulakan dengan sesi taklimat ringkas mengenai proses keputusan penglihatan anak bulan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Awang Haji Shahrin bin Haji Kadih dan kedudukan hilal yang disampaikan oleh Ketua Juruteknik Ukur, Unit Astronomi di Jabatan Ukur, Awang Haji Morni bin. Haji Tarip.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments