Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis Pembukaan Mesyuarat Awal Lembaga Pemaju Perumahan (BHD)

Oleh: Siaran Akhbar Divisyen Pengurusan Lembaga, Kementerian Pembangunan | Foto: Divisyen Pengurusan Lembaga

1_Pembukaan Mesyuarat Awal Lembaga Pemaju Perumahan.jpg 

YANG Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan menyampaikan sijil lantikan kepada Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), selaku Pengerusi Lembaga Pemaju Perumahan, Brunei Darussalam.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 Mei. – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi perlantikan ahli-ahli Lembaga Pemaju Perumahan dan Pendaftar pada 31 Mac 2018.

Perintah Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan), 2012 adalah bertujuan untuk mendaftar Pemaju Perumahan, mengawalselia kelayakan pendaftaran dan urusniaga pemaju-pemaju perumahan di Negara Brunei Darussalam.

Majlis Pembukaan Mesyuarat Awal Lembaga Pemaju Perumahan, Brunei Darussalam telah diadakan pada 24 Mei 2018 di Bilik SiPugut, Kementerian Pembangunan. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Di dalam mukadimah Pembukaan Mesyuarat, Yang Berhormat Menteri Pembangunan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli-Ahli Lembaga dan Pendaftar di atas lantikan masing-masing. Melalui Perintah Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan), 2012 diantara fungsi utama Lembaga ini adalah untuk pendaftaran Pemaju Perumahan, mengawalselia kelayakan pendaftaran dan urusniaga pemaju-pemaju perumahan di Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan juga menekankan bahawa dengan penubuhan Lembaga ini, perniagaan yang dijalankan oleh Pemaju Perumahan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam akan lebih bermutu dan terkawal serta hasil kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan akan meningkat. Pihak awam juga akan merasa lebih selamat serta berpuas hati dengan urusniaga yang diberikan sesuai dengan harga rumah yang dikenakan kepada mereka.

Pihak Pemaju Perumahan yang berdaftar juga sudah semestinya akan bersikap profesional dengan menjaga etika kerja serta menjalankan perkhidmatan serta perundingan yang jujur dan tidak mementingkan kewangan dan keuntungan semata-mata.

Majlis juga mendengar taklimat ringkas yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) selaku Pengerusi Lembaga Pemaju Perumahan.

Yang Mulia Pengerusi Lembaga Pemaju Perumahan menekankan bahawa, apabila Perintah Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan), 2012 dikuatkuasakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan, kemajuan lebih dari 4 unit tempat tinggal atau menjual lebih dari 4 unit lot mestilah mendapat kebenaran Lembaga Pemaju Perumahan melalui Pemaju Perumahan yang Berdaftar sahaja.

Di majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Pembangunan juga telah menyampaikan sijil-sijil lantikan kepada semua ahli-ahli Lembaga dan Pendaftar yang dilantik. Majlis disudahi dengan sesi bergambar ramai.

2_Pembukaan Mesyuarat Awal Lembaga Pemaju Perumahan.jpg

PENGERUSI, Ahli-Ahli dan Pendaftar Lembaga Pemaju Perumahan bersama Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan.

Attachments