Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Sambutan Nuzul Al-Quran Kementerian Pembangunan

Oleh: Marlinawaty Hussin | Foto: Azmah Haji Ahad

1_Sambutan Nuzul Al-Quran 1439 Hijrah.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar (tiga, kiri) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Nuzul Al-Quran di Dewan Indera Pahlawan, Kementerian Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 7 Jun. – Seramai 58 anak yatim terdiri daripada anak-anak pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang telah kembali ke rahmatullah menerima sumbangan pada Majlis Nuzul Al-Quran yang berlangsung di Dewan Indera Pahlawan, Kementerian Pembangunan, di sini.

Penyampaian derma berkenaan diserahkan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar selaku tetamu kehormat.

2_Sambutan Nuzul Al-Quran 1439 Hijrah.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan menyempurnakan penyampaian derma kepada anak-anak yatim.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin Penolong Pegawai Projek Tingkat I, Divisyen Penyelarasan Polisi dan Pelan Strategik, Awang Mohammad Khairul bin Jackariah.

Ceramah bertajuk 'Al-Quran yang Menggetarkan' disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Hajah Rogayah binti Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Abdul Wahid selaku penceramah undangan.

Majlis berkenaan adalah aktiviti tahunan kementerian tersebut dalam menyemai tanggungjawab golongan pegawai dan kakitangannya dalam sama-sama memeduli anak-anak yatim, khususnya di kementerian itu serta menggalakkan juga memberikan kesedaran kepada mereka dalam memperbanyakkan amalan di bulan yang penuh keberkatan ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Pemangku Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Divisyen Pengurusan Korporat Kementerian Pembangunan selaku pengerusi majlis, Awang Mohamad Iskandar bin Haji Idris serta ketua-ketua jabatan, ketua-ketua divisyen / unit, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan serta jabatan-jabatan di bawahnya.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments