Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis Khatam Al-Quran Jabatan Perancang Bandar dan Desa

Berita dan Foto: Ihsan Jabatan Perancang Bandar dan Desa

1_Majlis Khatam Al-Quran TCP.jpg

HADIR selaku Tetamu Kehormat Majlis, Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa, Awang Shahrom bin Haji Suhaimi.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 9 Jun. – Al-Quran diturunkan untuk dibaca oleh setiap umat Islam, direnungkan dan difahami maknanya, perintah dan larangannya, kemudian diamalkan sehingga ia akan menjadi hujah baginya di hadapan Allah Subhanahu Wata'ala dan Pemberi syafaat bagi hambaNya di hari kiamat.

Dalam sama-sama mengimarahkan lagi bulan Al-Mubarak ini, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran. Majlis telah berlangsung di jabatan berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat Majlis, Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa, Awang Shahrom bin Haji Suhaimi.

2_Majlis Khatam Al-Quran TCP.jpg

ANTARA yang hadir.

Majlis dimulakan dengan bacaan Takhtim dan Doa Khatam yang dibacakan oleh Ketua Bahagian Badan Keugaman Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Awang Shahriman bin Haji Mohd Salleh yang juga mengetuai bacaan Tahlil serta Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments