Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Hari Raya Aidilfitri 15 Jun

Oleh: Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman | Foto: Muhammad Asri Haji Awang Abas

2_Merukyah Anak Bulan Syawal 1439H.jpg

MENTERI Pembangunan semasa merukyah anak bulan Syawal.

TUNGKU, Khamis, 14 Jun. –  Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Jumaat, 15 Jun setelah hasil merukyah anak bulan Syawal 1439 Hijrah yang dilakukan di beberapa lokasi di negara ini, telah berhasil melihat anak bulan Syawal tersebut.

Pencerapan hilal anak bulan Syawal 1439 Hijrah dijalankan oleh Hakim-hakim Syar'ie, dan pegawai-pegawai Jabatan Kehakiman Negara, pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri bersama pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan di beberapa tempat iaitu bangunan Ibu Pejabat DST, Bukit Amboq Tutong dan Bukit Lumut Belait.

Hadir semasa rukyah di Bangunan Ibu pejabat DST ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

1_Merukyah Anak Bulan Syawal 1439H.jpg

HADIR selaku Tetamu Kehormat Majlis, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Turut hadir Setiausaha Tetap (Undang-undang dan Kesejahteraan) di Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Mohammed Rosli bin Haji Ibrahim; Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin dan Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria.

Oleh yang demikian pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka dengan ini, Yang Berhormat Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Negara Brunei Darussalam mengumumkan bahawa awal bulan Syawal 1439 Hijrah jatuh pada hari Jumaat, 1 Syawal 1439 Hijrah bersamaan 15 Jun 2018.

Sehubungan itu, Sembahyang Sunat Aidilfitri di kesemua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara akan diadakan pada hari Jumaat, 15 Jun 2018 bermula jam 7.30 pagi.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments