Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis Doa Selamat bagi 22 bakal jemaah haji Kementerian Pembangunan

Berita dan Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

1_Majlis Doa Selamat Haji 1438 H.jpg

Tetamu kehormat menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada 22 bakal-bakal haji.

BERAKAS, Isnin, 23 Julai. – Rukun Islam kelima ialah mengerjakan haji di kota suci Mekah Al Mukaramah pada waktu yang ditentukan, yang mana ganjarannya ialah syurga.

Di samping dalam mengerjakan ibadah tersebut para jemaah haji juga dinasihatkan agar sentiasa bersabar, di samping mempertingkatkan iman dan takwa bagi meraih haji yang mabrur.

Perkara tersebut, antara yang dikongsikan oleh penceramah undangan, Imam Masjid Universiti Brunei Darussalam, Awang Haji Jupri bin Haji Hidup dalam ceramah yang bertajuk 'Ibadah Haji Menuju Syurga Allah' pada Majlis Doa Selamat bagi Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 2_Majlis Doa Selamat Haji 1438 H.jpg

Penceramah undangan Imam Haji Jupri bin Haji Hidup dalam ceramah yang bertajuk 'Ibadah Haji Menuju Syurga Allah'.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Awang Mohammad Khairul bin Jackariah.

Pada majlis tersebut tetamu kehormat turut menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada seramai 22 orang bakal jemaah haji yang diraikan.

3_Majlis Doa Selamat Haji 1438 H.jpg

SEBAHAGIAN daripada bakal-bakal jemaah haji Kementerian Pembangunan.

Tetamu kehormat turut menyempurnakan penyampaian sumbang kepada 22 bakal-bakal haji

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh penceramah undangan bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan bagi para bakal jemaah haji.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Pemangku Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Ketua Pengarah Kerja Raya; Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan; ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit serta para pegawai juga kakitangan yang diraikan.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments