Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Fenomena Gerhana Bulan Penuh, 27 - 28 Julai

Siaran Akhbar dan Infografik: Jabatan Ukur

 1_Cerapan Gerhana Bulan Penuh [Poster].jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Julai. – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan bersama Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) akan membuat kerja-kerja pencerapan Gerhana Bulan Penuh dan Cerapan Astronomi (Jupiter, Saturn dan Mars) bertempat di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan bermula pada jam 7.00 malam pada 27 Julai 2018 hingga 5.30 pagi pada 28 Julai 2018.

Fenomena Gerhana Bulan Penuh merupakan satu fenomena alam yang terjadi, di mana kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan berada pada satu garis lurus. Fenomena itu berlaku apabila cahaya matahari tidak sampai ke bulan kerana terhalang oleh bumi.

Pada tahun ini, fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi akan berlaku bermula pada jam 1.14 pagi pada 28 Julai 2018.

Manakala kemuncak Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada jam 4.21 pagi, yang mana bulan akan ditutupi oleh bayangan bumi sepenuhnya dan akan berakhir pada 7.28 pagi.

Fenomena Gerhana Bulan Penuh telah berlaku pada awal tahun ini, iaitu pada 31 Januari lalu.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments