Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Laman sesawang ABCi kini boleh diakses

​Siaran Akhbar dan Foto: Kementerian Pembangunan

1_Laman sesawang ABCi.jpg

LAMAN sesawang Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) kini boleh diakses dan dapat dilayari.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Ogos – Kementerian Pembangunan sukacita ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa laman sesawang Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) kini boleh diakses dan dapat dilayari bermula 30 Julai lalu.

Penubuhan laman sesawang tersebut bertujuan untuk menyalurkan maklumat kepada pihak-pihak yang berkepentingan dan orang ramai untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini berhubung dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikendalikan oleh ABCi.

Maklumat berkaitan dengan ABCi seperti dasar dan garispanduan, borang permohonan, statistik, siaran akhbar, berita serta senarai syarikat pembina, kontraktor dan pembekal, syarikat pengiklanan, Orang yang Berkelayakan (QP) boleh didapati dan diakses dengan mudah melalui fungsi intuitif dan navigasi laman sesawang yang teratur.

Informasi tersebut akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa.

Orang ramai bolehlah melayari laman sesawang www.abci.gov.bn.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments