Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Penggunaan tanah yang cekap, bersistematik penting pada pembangunan

Siaran Akhbar dan Foto: Kementerian Pembangunan

4_1st ASEAN-ROK INFRASTRUCTURE MINISTERS' MEETING.png

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar (empat dari kanan) bersama para menteri ASEAN dan Republik Korea yang menghadiri Mesyuarat ASEAN - ROK Infrastruktur Kali Pertama Peringkat Menteri di Seoul, Republik Korea.

SEOUL, REPUBLIK KOREA, Selasa, 17 September. – Mesyuarat ASEAN - Republik Korea (ROK) Infrastruktur Kali Pertama Peringkat Menteri telah berlangsung hari ini di Seoul, ROK yang bertemakan 'Infrastructure development and public land-use' dan 'Sustainable smart city and infrastructure'.

Mesyuarat juga dihadiri oleh Menteri-menteri dan wakil-wakil yang bertanggungjawab dalam bidang infrastruktur dari 10 negara anggota ASEAN (Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Viet Nam). Hadir sama ialah Setiausaha Agung ASEAN.

1_1st ASEAN-ROK INFRASTRUCTURE MINISTERS' MEETING.png

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar bersama rombongan dari Kementerian Pembangunan yang menghadiri Mesyuarat ASEAN - ROK Infrastruktur Kali Pertama Peringkat Menteri di Seoul, Republik Korea.

Hadir bagi mewakili Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abd. Razak; Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa, Awang Haji Shahrom bin Haji Awang Suhaimi dan Jurutera di Kementerian Pembangunan, Awang Mohammad Zulaine bin Haji Zahiri.

Pada mesyuarat tersebut, Menteri-menteri ASEAN menyatakan bahawa penggunaan tanah yang cekap dan pendekatan yang sistematik untuk pembangunan infrastruktur adalah penting untuk mencapai kemakmuran bersama melalui usaha sama yang kukuh antara negara-negara ASEAN.

Menteri-menteri juga mengiktiraf keperluan untuk meningkatkan kualiti hidup di bandar-bandar sebagai kesinambungan kepada perbandaran yang pesat dijalankan di ASEAN dan pembangunan bandar yang mampan.

Untuk tujuan ini, Menteri-menteri ASEAN mengesahkan untuk meneruskan dasar kerjasama dalam bidang 'Smart City' untuk mengintegrasikan kemajuan teknologi dilaksanakan dengan 'green energy', alam sekitar dan ICT.

Menteri-menteri ASEAN juga mengesahkan untuk bersama-sama berusaha bagi membangunkan dan menyebarkan 'smart infrastructure technology' yang berkaitan dengan pengangkutan dan sumber air yang antara lain memberi impak positif terhadap teknologi seperti 'infrastructure connectivity' dan pembentukan Komuniti ASEAN.

Mesyuarat juga menyokong pelaksanaan Pelan Induk 'ASEAN Connectivity 2025' (MPAC 2025), khususnya dalam bidang infrastruktur dan inisiatif yang mampan untuk bertukar-tukar dasar dan pengalaman dalam bidang penggunaan tanah, bandar dan perumahan selain meneroka kaedah pengurusan baru yang mempunyai aplikasi maklumat mengenai tanah negara bagi memastikan kecekapan penggunaan guna tanah dan pendekatan yang bersistematik untuk pembangunan infrastruktur.

Menteri-menteri ASEAN mengambil maklum akan kepelbagaian inisiatif, tindakan dan rancangan pembangunan infrastruktur di setiap negara dan 'Smart City' serta langkah-langkah kerjasama antara ASEAN - ROK.

Dalam menyokong merealisasikan 'ASEAN - ROK Cooperation Vision' dan membangunkan serta memperkukuh hubungan kerjasama dalam kalangan negara-negara ASEAN dan ROK, Brunei Darussalam juga berkongsi rancangan untuk membina dan pengurusan infrastruktur ke arah pendekatan yang lebih mampan dan bersepadu dengan mengambil pengajaran daripada pengalaman dan kepakaran dari rakan-rakan kongsi.

Menteri-menteri ASEAN seterusnya menyokong 'the Ministerial Declaration of the First ASEAN - ROK Infrastructure Ministers' Meeting' dan Negara Brunei Darussalam mengalu-alukan peluang untuk kerjasama dalam bidang 'Smart Cities' dan 'Advanced Public Transportation systems'.

2_1st ASEAN-ROK INFRASTRUCTURE MINISTERS' MEETING.png

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi telah mengadakan perbincangan dua hala bersama Menteri Kemajuan Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan, Republik Korea, Puan Yang Terutama Kim Hyun-mee.

Sebelum Majlis Perasmian Mesyuarat, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi telah mengadakan perbincangan dua hala bersama Menteri Kemajuan Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan, ROK, Puan Yang Terutama Kim Hyun-mee.

Perbincangan merujuk kepada kerjasama di antara dua negara yang mana Yang Berhormat Menteri menyokong dalam mengukuhkan lagi perkongsian dan membina rangkaian dengan lebih dekat untuk kerjasama yang lebih praktikal terutamanya dalam inisiatif pertukaran dasar dan pengalaman dalam bidang yang berkaitan, termasuk program membina keupayaan khususnya dalam bidang infrastruktur mampan di bawah empat bidang kerjasama iaitu pengangkutan, tenaga, sumber air dan 'Smart IT' untuk meningkatkan perhubungan di rantau ASEAN.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments