Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Sebahagian jalan Lebuhraya Lumut-Belait ditutup mulai 28 Oktober

​Siaran Akhbar dan Foto: Jabatan Kerja Raya

1_Penutupan separuh jalan lebuhraya Lumut-Belait.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 27 Oktober. – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama kepada para pengguna jalan raya mengenai penutupan sebahagian Lebuhraya Lumut-Belait yang bermula pada Ahad, 28 Oktober, jam 10.00 pagi.

Sehubungan itu, separuh jalan berkembar akan ditutup di empat buah jambatan di kilometer 30, 32, 21 dan 14 dari Kuala Belait di Lebuhraya Lumut-Belait (hala Tutong).

Penutupan separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf jambatan berkenaan dapat dilaksanakan, di mana ia dijangka mengambil masa tiga (3) bulan.

Dengan ini, JKR, Kementerian Pembangunan ingin mengingatkan kepada para pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut, di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan ini melalui Talian Darussalam: 123 / Livechat +673 8333123, Facebook: 'Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam' dan e-mel: 'pro@pwd.gov.bn'.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments