Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Penutupan sementara sebahagian jalan Terowong Kiarong Underpass, 5 – 31 Disember

Siaran Akhbar: Jabatan Kerja Raya

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 4 Disember. – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutama sekali kepada pengguna-pengguna jalan raya di Terowong Kiarong Underpass bahawa sebahagian jalan raya akan ditutup.

Penutupan sementara sebahagian jalan tersebut akan bermula pada 5 hingga 31 Disember dan waktu penutupan bermula jam 11.00 malam sehingga 5.00 pagi disebabkan projek pengantian lampu-lampu bagi Terowong Kiarong Underpass.

Dengan ini, JKR, Kementerian Pembangunan mengingatkan kepada para pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati apabila melalui di kawasan tersebut, di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan ini melalui Talian Darussalam: 123 / Livechat +673 8333123, Facebook: 'Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam' dan e-mel: 'pro@pwd.gov.bn'.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments