Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis Korban Kementerian Pembangunan Semarak Aidiladha

Oleh: Mariani Haji Abd Ghani | Foto: Hernie Suliana Haji Othman | Sabtu, 26 September 2015

1f20526c51087d0c6dd7c5a7f8203a01_XL.jpg MENTERI Pembangunan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman mengagihkan daging ibadah qurban bagi Kementerian Pembangunan kepada salah seorang penerima yang berhak.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 September - Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi menyemarakkan lagi suasana Hari Raya Aidiladha 1436 Hijrah / 2015 Masihi yang penuh keberkatan.

Majlis yang dikelolakan oleh Jabatan Ukur itu berlangsung di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan, Berakas.

260915_HERNIE002_PEMBANGUNAN_majlis_korban_kementerian_pembangunan_semarakan_aidiladha.jpg 

TURUT sama hadir bagi mengagihkan daging qurban dalam majlis tersebut ialah isteri Yang Berhormat Menteri Pembangunan Datin Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman.

Pengagihan daging korban disempurnakan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan isteri, Datin Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman.

Pada tahun ini, sebanyak 10 ekor kerbau telah dikorbankan dengan disertai oleh seramai 62 peserta yang berhak dan berdaftar dari MUIB.

Pada majlis tersebut, ceramah khas turut disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Da'wah Islamiah, Ustaz Drs. Haji Ismuhadi Haji Abdullah.

260915_HERNIE003_PEMBANGUNAN_majlis_korban_kementerian_pembangunan_semarakan_aidiladha.jpg 

MAJLIS Ibadah Qurban Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya 1436H / 2015M diserikan dengan ceramah khas disampaikan oleh Ustaz Drs. Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah.

Dalam ceramahnya, beliau antara lain menjelaskan bahawa melaksanakan ibadah korban itu dituntut setiap tahun dan menjelaskan sebab kenapa kita berkorban ialah bagi mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan hendaklah dipilih binatang yang sempurna sifatnya, tidak ada cacat celanya.

Juga hadir ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah dan Pemangku Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments