Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan sertai Kejohanan Futsal HPA Ke-25

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

2_Kementerian Pembangunan sertai Kejohanan Futsal HPA Ke-25.JPG

PESERTA Kategori Veteran yang menyertai Kejohanan Futsal HPA Ke-25.

1_Kementerian Pembangunan sertai Kejohanan Futsal HPA Ke-25.JPG

PESERTA Kategori Terbuka yang menyertai Kejohanan Futsal HPA Ke-25.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 10 Februari. – Kejohanan Futsal Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-25, 2018 merupakan salah satu acara sempena Sambutan HPA Ke-25 dan telah diadakan pada 3, 8 dan 10 Februari 2019 di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Kejohanan anjuran bersama Jabatan Pentadbiran Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan Jabatan Belia dan Sukan serta Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) ini dibukakan kepada 13 kementerian di Negara Brunei Darussalam dan sebanyak dua kategori telah dipertandingkan iaitu 12 pasukan bagi Kategori Terbuka dan sembilan pasukan bagi Kategori Veteran.

Kementerian Pembangunan meraih tempat ketiga bersama bagi Kategori Veteran dan juga telah menyertai Kategori Terbuka pada kejohanan berkenaan.

Attachments