Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa memberikan ucapan.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 20 Februari. – Majlis tamat pengajian Further Learning Programme (FLP) pengambilan kedua bagi para graduan Kejuruteraan Awam Kementerian Pembangunan telah diadakan hari ini di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Berakas. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil kepada para graduan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.
Kementerian Pembangunan dan Universiti Teknologi Brunei telah menjalinkan kerjasama dalam mengendalikan program Further Learning Programme. Program pengambilan kedua ini bejalan selama 30 bulan mulai Mei 2015. Dengan usaha kerjasama ini akan dapat memastikan visi dan misi Kementerian Pembangunan dan Wawasan Negara 2035 tercapai iaitu meningkatkan taraf profesional pegawai-pegawai di Kementerian ini bagi memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
Further Learning Programme merupakan salah satu mekanisme bagi Jurutera-Jurutera yang belum mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam untuk menduduki "Chartered Professional Review (CPR)". Seorang Jurutera itu dikehendaki lulus dalam peperiksaan berkanun tersebut bagi melayakkan diri menjadi seorang Jurutera profesional yang diiktiraf seluruh dunia.
Program ini telah diberi pengiktirafan oleh Institution of Civil Engineer (ICE), United Kingdom sebagai Postgraduate Diploma in Professional Engineering (Civil Engineering) dan juga telah mendapat pengiktirafan Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan Negara Brunei Darussalam (BDNAC) sebanding dengan kelulusan di Tahap 7 Ijazah Sarjana dalam Kerangka Kelayakan Brunei Darussalam (Brunei Darussalam Qualifications Framework Level 7 Master's Degree).
Negara Brunei Darussalam merupakan negara pertama yang dibenarkan dan diiktiraf oleh Institution of Civil Engineers (ICE), United Kingdom untuk mengadakan program ini di luar United Kingdom, yang mana Kementerian Pembangunan telah diberikan status sebagai 'approved training organisation' bagi menjalankan kursus Work-Based Further Learning Program For Civil Engineering.
Further Learning Programme bagi pengambilan kedua ini telah disertai oleh pegawai-pegawai Kementerian Pembangunan dan juga telah disertai oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan.
BACAAN ayat-ayat suci Al-Quran serta kesimpulan maknanya oleh Awang Haji Mohammad Eddy Huzaimi bin Haji Mat Yassin (pembaca Al-Quran) dan Awang Muhamad Khairul bin Jackariah (pembaca kesimpulan makna).
SETIAUSAHA Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin POKAPDSS Haji Zakaria semasa memberikan ucapan selaku pengerusi.
UCAPAN daripada wakil peserta FLP pengambilan kedua.
PENYAMPAIAN sijil-sijil Post Graduate Diploma in Professional Engineering (Civil Engineering) kepada para graduan FLP pengambilan kedua yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
PENYAMPAIAN Anugerah Graduan Cemerlang FLP.
PENYAMPAIAN Anugerah Peserta Terbaik FLP.
PENYAMPAIAN 'memento' kepada Universiti Teknologi Brunei (UTB).
SESI bergambar ramai bersama para graduan FLP.