Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis Perasmian Program Induksi bagi Pegawai dan Kakitangan yang baru berkhidmat

​Rabu, 7 Oktober 2015

IMG_9778_s.JPG

PARA peserta Program Induksi bagi Pegawai dan Kakitangan yang baru berkhidmat di Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 7 Oktober - Pembukaan rasmi Program Induksi bagi Pegawai dan Kakitangan yang baru berkhidmat di Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya iaitu pegawai dan kakitangan dalam Divisyen III (C3) hingga Divisyen II (B2) telah diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan. Program Induksi diadakan selama enam hari mulai 7 Oktober 2015 hingga 15 Oktober 2015.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengiran Kamis bin Pengiran Metamin, Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Pembangunan.

Antara tujuan Program Induksi ini ialah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan mengenai peranan dan tanggungjawab Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta memahami tentang tatacara peraturan dalam perkhidmatan awam, peraturan am, etika kerja dan sebagainya.

Majlis Penutup Program Induksi ini dijangka akan diadakan pada hari Selasa, 20 Oktober 2015.

Attachments