Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Sesi muzakarah dan pemberigaan ABCi

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

4_Muzakarah dan Pemberigaan ABCi.JPG

PEGAWAI-pegawai dari ABCi dan para jemputan yang menghadiri sesi muzakarah dan pemberigaan berkenaan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 27 April. – Satu sesi muzakarah telah diadakan bertempat di Dewan Indera Pahlawan, Kementerian Pembangunan yang telah dianjurkan oleh Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi). Sesi muzakarah tersebut telah dihadiri oleh daripada pihak Jabatan Daerah Brunei Muara, Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong Daerah Brunei Muara.

Sesi muzakarah tersebut adalah salah satu program ABCi dalam pemberigaan skop-skop dan tanggungjawab ABCi kepada orang ramai dan merupakan sesi muzakarah keempat yang telah diadakan. Tiga sesi muzakarah telah diadakan di ketiga-tiga daerah yang telah dihadiri oleh pihak Jabatan Daerah, Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong masing-masing.

Sesi muzakarah tersebut menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan Perintah Kawalan Bangunan, 2014 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bangunan, 2014. Skop-skop ABCi seperti Kawalan Bangunan, Perlesenan, Kebenaran Iklan, Papan Iklan, Papan Tanda dan Penguatkuasaan telah diberigakan kepada yang hadir pada sesi muzakarah tersebut.

2_Muzakarah dan Pemberigaan ABCi.JPG

1_Muzakarah dan Pemberigaan ABCi.JPG

ANTARA yang menghadiri sesi muzakarah dan pemberigaan berkenaan.

Perkara-perkara yang telah diketengahkan adalah termasuk tatacara mendapatkan kebenaran-kebenaran berkaitan dengan sebarang kemajuan yang mempunyai enam peringkat, yang dihadapkan ke ABCi melalui Orang yang Berkelayakan (Qualified Persons) yang berdaftar dan mempunyai sijil amalan daripada Lembaga Arkitek Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan yang telah dilantik untuk menyediakan pelan kerja-kerja bangunan dan menghadapkan permohonan kemajuan untuk kebenaran. Aspek-aspek penguatkuasaan juga telah diberigakan bagi memastikan keselarasan dengan Perintah Kawalan Bangunan, 2014 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bangunan, 2014.

3_Muzakarah dan Pemberigaan ABCi.JPG

PEGAWAI-pegawai dari ABCi menjawap persoalan dan isu-isu yang dibangkitkan semasa sesi soal jawab.

Sesi muzakarah menekankan bahawa sebarang kerja-kerja pembinaan bangunan hendaklah diusahakan dan dilaksanakan oleh Pembina yang berlesen. ABCi juga menasihatkan pihak pemilik atau pemaju untuk memastikan pendaftaran Pembina adalah sah disepanjang tempoh pembinaan. Sebarang iklan, papan iklan dan papan tanda hendaklah dipohonkan ke ABCi untuk kebenaran melalui Syarikat Pengiklanan yang berdaftar dengan ABCi.

Dengan adanya sesi muzakarah seperti ini, adalah diharapkan orang ramai akan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan dan skop kerja pihak Kerajaan melalui agensi-agensi yang berkenaan.

Attachments