Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan serikan sambutan Awal Tahun Hijrah 1437
​Oleh:  Khartini Hamir | Foto: Dk. Nurhafilah Pg. Osman | Khamis, 22 Oktober 2015

3370846288f1f9d391d58630f716cabe_XL.jpg
YANG Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437 yang telah diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan.

BERAKAS, Khamis, 22 Oktober. - Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya petang tadi mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437 yang telah diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan, di sini.

Majlis kegiatan keagamaan merupakan aktiviti tahunan kementerian ini dihadiri oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman selaku tetamu kehormat majlis.

Majlis dimulakan dengan persembahan tausyeh bertajuk 'Taubat Seorang Hamba' yang disampaikan oleh pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

221015_FILA1_HIJRAH.jpg
CERAMAH disampaikan oleh Drs. Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah bertajuk "Taubat Seorang Hamba".

Majlis juga diserikan dengan ceramah bertajuk 'Islam Agama Allah dari Dahulu hingga Sekarang' yang disampaikan oleh Pegawai Pusat Da'wah Islamiah, Drs. Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah yang antara lain berkisarkan mengenai sejarah serta ajaran Islam dan sunnah-sunnah Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan digalakkan kepada umat Islam untuk sentiasa beramal dan taat kepada perintah Allah semata-mata untuk mendapatkan ganjaran serta rahmat Allah di dunia dan akhirat.

221015_FILA3_HIJRAH.jpg

221015_FILA4_HIJRAH.jpg 
SEBAHAGIAN daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang hadir.

Turut hadir pada majlis tersebut Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Awang Shahrom bin Haji Suhaimi; Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Pengiran Kamis bin Pengiran Metamin; ketua-ketua jabatan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments