Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Penjagaan alam sekitar di musim lebaran

Oleh: Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Jun. – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) ingin memperingatkan orang ramai untuk menyambut lebaran secara mampan melalui pengamalan konsep 3R (Pengurangan, Penggunaan Semula, Pengitaran Semula) serta menjaga kebersihan Negara Brunei Darussalam.

Orang ramai diseru untuk membuang sampah secara berhemah di pusat pembuangan sampah yang disediakan dan jangan membuang sampah merata-rata kerana ia merupakan kesalahan di bawah Bab 30, Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan Kecil yang dapat membawa hukuman denda hingga $3,000. Individu dan setiap rumah patut mengurangkan jumlah sampah yang dihasilkan disumbernya terutama sisa makanan iaitu jenis sisa domestik yang tertinggi di negara ini menurut kajian JASTRe.

Barangan kitar semula seperti tin aluminum dan botol plastik dapat diasingkan dan dihantar ke syarikat‐syarikat kitar semula dan / atau tempat pengumpulan barangan kitar semula yang terdapat di negara ini bagi mengurangkan jumlah sisa domestik yang dihantar ke Pusat Pelupusan Sungai Paku.

Sejajar dengan falsafah Melayu Islam Beraja, kebersihan dan penjagaan alam sekitar adalah digalakkan di dalam agama dan sebagai penduduk negara, ia memerlukan usaha menyeluruh melalui "whole nation approach" bagi memastikan Brunei Darussalam kekal bersih dan hijau bagi generasi akan datang.

Dikesempatan ini, Kementerian Pembangunan melalui pihak JASTRe ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negara ini dan semoga menyambutnya dengan meriah bersama kaum keluarga dan sahabat handai.

Attachments