Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

​Majlis penyampaian sijil dan pelancaran sistem online BAPEQS

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

5_Majlis penyampaian sijil dan pelancaran sistem online BAPEQS.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar bergambar ramai bersama para penerima sijil ASEAN Architects (AA) dan ASEAN Chartered Professional Engineers (ACPE).

BERAKAS, Isnin, 1 Julai. – Badan Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan (BAPEQS) telah mengadakan majlis bagi meraikan enam orang penerima sijil yang terdiri daripada para arkitek dan jurutera profesional tempatan yang berdaftar iaitu empat orang penerima sijil ASEAN Architects (AA) dan dua orang lagi penerima sijil ASEAN Chartered Professional Engineers (ACPE).

2_Majlis penyampaian sijil dan pelancaran sistem online BAPEQS.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan sijil kepada penerima-penerima berkenaan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

1_Majlis penyampaian sijil dan pelancaran sistem online BAPEQS.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa memberikan ucapan pada majlis tersebut.

Dalam ucapannya, Yang Berhormat Menteri Pembangunan mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, selaku pengerusi BAPEQS dan Ahli-Ahli Lembaga dan Jawatankuasa diatas beberapa kemajuan yang telah dicapai oleh badan berkenaan.

4_Majlis penyampaian sijil dan pelancaran sistem online BAPEQS.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar ketika melancarkan pendaftaran BAPEQS secara online.

Majlis yang diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan itu diteruskan dengan pelancaran perkhidmatan pendaftaran BAPEQS secara online. Perkhidmatan online yang boleh diakses melalui pautan www.bapeqs.gov.bn ini adalah diharap bagi memudahkan para profesional untuk membaharui dan membuat permohonan baru. Dengan kemudahan ini, proses membaharui permohonan akan dapat dipercepatkan manakala dokumen-dokumen yang berkenaan boleh dikemaskini dengan memuatnaiknya ke dalam sistem tersebut.

Turut hadir ke majlis ini ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Ir. Dayang Hajah Siti Aidah binti Haji Mohammad.

3_Majlis penyampaian sijil dan pelancaran sistem online BAPEQS.JPG

AHLI Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abd Rahman, yang juga selaku Presiden Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) Brunei menerima sijil pengiktirafan.

Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abd Rahman, yang juga selaku Presiden Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) Brunei turut hadir dan menerima sijil pengiktirafan perlaksanaan PUJA Professional Assessment (PPA) Route 2 bagi juruukur bahan dan jurutera.

Attachments