Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

22 warga Kementerian Pembangunan akan menunaikan ibadah haji

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_22 warga Kementerian Pembangunan akan menunaikan ibadah haji.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Doa Selamat bakal-bakal haji Kementerian Pembangunan 1440 Hijrah.

BERAKAS, Sabtu, 13 Julai. – Seramai 22 orang bakal haji yang terdiri daripada lapan lelaki dan 14 perempuan dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Majlis bagi meraikan pegawai-pegawai dan kakitangan yang akan ke Tanah Suci itu telah diadakan pada Majlis Doa Selamat bagi Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Penolong Pegawai Projek Tingkat I, Divisyen Penyelarasan Polisi dan Perancangan Strategik, Awang Mohammad Khairul bin Jackariah.

2_22 warga Kementerian Pembangunan akan menunaikan ibadah haji.JPG

CERAMAH khas bertajuk 'Siapkan Bekalan ke Tanah Suci' disampaikan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Awang Haji Sammali bin Haji Adam.

Majlis diikuti dengan ceramah khas bertajuk 'Siapkan Bekalan ke Tanah Suci' yang disampaikan oleh penceramah undangan, Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Awang Haji Sammali bin Haji Adam.

Pada majlis tersebut, tetamu kehormat turut menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada bakal haji yang diraikan.

3_22 warga Kementerian Pembangunan akan menunaikan ibadah haji.JPG

4_22 warga Kementerian Pembangunan akan menunaikan ibadah haji.JPG

6_22 warga Kementerian Pembangunan akan menunaikan ibadah haji.JPG

7_22 warga Kementerian Pembangunan akan menunaikan ibadah haji.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyampaikan sumbangan kepada bakal jemaah haji Kementerian Pembangunan.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh penceramah undangan bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan bakal-bakal jemaah haji.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Awang Shahrom bin Haji Suhaimi; Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Pembangunan, Awang Haji Mohammad Kassim bin Haji Ya'akub selaku Pengerusi Majlis; Ketua-ketua Jabatan, Divisyen dan Unit serta para pegawai dan kakitangan yang diraikan.

Attachments