Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MoD adakan Majlis Ibadah Korban

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

3_MoD adakan Majlis Ibadah Korban.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyempurnakan pengagihan daging korban kepada warga Kementerian Pembangunan dan 70 asnaf fakir miskin daripada kawasan Berakas dan sekitarnya.

BERAKAS, Selasa 13 Ogos. – lbadah korban merupakan ibadah sunat yang sangat dituntut oleh Allah Subhanahu Wata'ala yang juga dikenali sebagai Sunat Muakkad. Dari segi istilah korban bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada setiap 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasyrik, iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadah atau menghampirkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

 5_MoD adakan Majlis Ibadah Korban.JPG

TURUT menyempurnakan pengagihan daging korban tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan.

Petang tadi, Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya turut meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha dengan majlis ibadah korban yang dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan. Majlis berkenaan berlangsung di ruang legar, bangunan Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Awang Haji Mohd Eddy Huzaimi bin Haji Mat Yassin, Qari dari Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya. Majlis diserikan lagi dengan laungan takbir Hari Raya dibawa oleh Pasukan Dikir Lelaki Jabatan Ukur.

1_MoD adakan Majlis Ibadah Korban.JPG

MAJLIS dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Awang Haji Mohd Eddy Huzaimi bin Haji Mat Yassin, Qari dari Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya manakala intisarinya dibacakan oleh Awang Mohammad Khairul bin Jackariah dari Divisyen Penyelarasan Polisi dan Perancangan Strategik, Kementerian Pembangunan.

2_MoD adakan Majlis Ibadah Korban.JPG

MAJLIS diserikan dengan laungan takbir Hari Raya yang dibawakan oleh Pasukan Dikir Lelaki dari Jabatan Ukur.

Sebahagian daging korban berkenaan seterusnya diagih-agihkan kepada warga kementerian dan jabatan-jabatan dibawahnya serta seramai 70 orang asnaf fakir miskin dari kawasan Berakas dan sekitarnya. Sebanyak empat ekor kerbau dikorbankan untuk majlis tersebut dan majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kemajuan Perumahan.

Attachments